ARIFFUDDIN.COM

Bagaimana Menukar Blog Menjadi Buku?

Selepas kira-kira 15 tahun menulis blog, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil telah menerbitkan kira-kira lapan buah buku daripada artikel-artikel yang dicatatkan di dalam blog beliau. 


Dalam pembentangkan kertas kerja daripada blog menjadi buku anjuran Kota Buku di Pesta Buku Antarabangsa 2012 lalu. Sekiranya beliau berhenti daripada menulis blog pada waktu itu, blog SaifulIslam.Com masih dapat menerbitkan kira-kira tiga buah buku daripada artikel yang telah disiarkan.


Berikut adalah tip persediaan bagi menerbitkan buku daripada blog :

  1. Gunakan bahasa yang lengkap bagi memudahkan kerja suntingan.
  2. Luangkan masa bagi menulis blog secara konsisten.
  3. Tetapkan beberapa topik yang dapat menjadi fokus dalam penulisan.
  4. Sediakan satu fail bagi mengumpulkan setiap artikel yang sudah dimuat naik dalam blog. (Untuk keselamatan, daftar di dropbox bagi mengelakkan kita kehilangan fail penulisan apabila komputer diserang virus.)
  5. Hadir ke bengkel penulisan Daripada Blog Menjadi Buku yang dikendalikan oleh guru penulisan buku non-fiksyen Malaysia.

Terdapat editor daripada syarikat penerbitan mencari bakal penulis novel melalui karya yang disiarkan di dalam blog. Blog yang mempunyai bahasa yang kemas dapat memudahkan kerja editor dan mempunyai peluang besar untuk diterbitkan menjadi buku.

Blog kerongsang, jahitan dan blog penternakan kambing juga dapat ditukar menjadi buku bercetak ataupun ebook.




------------------
Mohd Ariffuddin
Penulis novel kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
ariffuddin.mohd@gmail.com
https://www.facebook.com/dinahmad

Bagaimana Mahu Menghantar Proposal Buku?


Albert Einstein, "Rahsia kreativiti adalah kepandaian menyembunyikan sumber asal kita."


Setiap rumah penerbitan mempunyai prosedur yang berbeza dalam pengurusan sesebuah manuskrip. Berikut adalah prosedur yang perlu dilalui jika mahu menerbitkan buku bersama PTS Publication.


  1. Sediakan satu kertas cadangan buku.
  2. Hantar kepada editor@penerbit.
  3. Tunggu maklum balas daripada mereka.
  4. Sekiranya masih belum mendapat maklum balas, kirim emel pertanyaan "Memohon Status Proposal" selepas sebulan.
  5. Sekiranya proposal lulus rancang gerak kerja penulisan supaya tidak terlepas tarikh mati, deadline.

Dalam sebuah kertas cadangan buku perlu ada semua yang berikut :
  1. Judul buku.
  2. Sinopsis buku.
  3. Anggaran muka surat.
  4. 1 bab contoh.
  5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran.
  6. Kelebihan buku kita berbanding buku di pasaran.
  7. Sasaran pembeli.

Senarai di atas sesuai untuk penerbitan buku bagi kategori nonfiksyen. Bagi buku fiksyen seperti novel, Tuan-tuan hanya perlu rujuk langkah 1 hingga 4.






------------------
Mohd Ariffuddin
Penulis novel kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
ariffuddin.mohd@gmail.com
https://www.facebook.com/dinahmad

Adakah Buku Rujukan Untuk Penulisan?

Sekarang ini, buku rujukan dalam bahasa Melayu untuk penulisan sudah ada banyak diterbitkan. Berikut adalah senarai buku-buku yang dapat dijadikan panduan sebelum dan semasa menulis.


  1. Menjadi Penulis Jutawan - Nimoiz TY
  2. Karya Nan Indah - Faisal Tehrani
  3. Panduan Menulis Cerpen - Jasni Matlani
  4. Tip Menjadi Penulis Bestseller - Zamri Mohamad
  5. (Skil Pemasaran Buku) Pemasaran Gerila Untuk Penulis - Jay Conrad Levinson
  6. (Motivasi Penulis) Penulis Yang Disayang Tuhan - Bahruddin Bekri
  7. Paduan Menulis Novel, Teknik Surah Yusuf - Ainon Mohd.





------------------
Mohd Ariffuddin
Penulis novel kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
ariffuddin.mohd@gmail.com
https://www.facebook.com/dinahmad

Bagaimana Mahu Dapatkan Idea Menulis Novel?

Salah satu cara untuk mendapatkan idea sebelum menulis novel ialah kita boleh penuhkan ruang kosong pada jadual di bawah. Sekiranya kita sudah ada 13 watak, kita sudah pun mempunyai 13 jalan cerita.

Bagi mendapatkan sumber watak, kita boleh gunakan orang terdekat seperti keluarga, sahabat, jiran-jiran, pelakon, artis, ketua kampung, AJK Masjid, sahabat nabi, ataupun pelakon Korea. 


Lengkapkan jadual ini berpandukan pemerhatian yang kita lakukan terhadap mereka.



------------------
Mohd Ariffuddin
Penulis novel kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
ariffuddin.mohd@gmail.com
https://www.facebook.com/dinahmad

Bagaimana Mahu Jadi Penulis Buku?

George Washington Carver, "99 peratus kegagalan datang daripada orang yang gemar mencari alasan."



Setiap pekerjaan yang mahu dilaksanakan sehingga berjaya, ia perlu berpandukan kepada ilmu yang berkaitan. Untuk menjadi seorang jurutera di Malaysia, kita perlu mengikuti pengajian sehingga ke satu peringkat dan seterusnya bekerja dalam bidang kejuruteraan. Barulah kita layak menjadi jurutera yang berlesen.

Untuk jadi penulis juga sama prosedurnya, kita perlu dapatkan ilmu yang berkaitan penulisan daripada buku-buku rujukan, bengkel penulisan ataupun cara yang paling mudah berkawan dengan penulis.

Tidak perlu takut dan bimbang untuk memulakan langkah pertama menjadi penulis. Kerana tidak ada bayi yang terus berlari selepas mereka dilahirkan. Semuanya bermula daripada sifar. 

Tuan-tuan boleh mulakan langkah menjadi penulis seperti di bawah ini :
  1. Hadir ke bengkel penulisan novel/buku nonfiksyen/artikel.
  2. Berjumpa dengan penerbit.
  3. Bertanyakan kepada editor penerbitan buku apa yang dimahukan pasaran.
  4. Pilih kategori buku yang mahu ditulis.
  5. Hantar proposal penulisan.
  6. Mula menulis sehingga selesai.
  7. Promosi buku.
  8. Fikir dan rancang buku yang seterusnya.



------------------
Mohd Ariffuddin
Penulis novel kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
ariffuddin.mohd@gmail.com
https://www.facebook.com/dinahmad

Instagram

Instagram