Ada udang di sebalik mee. #meegoreng #basah #udang #tomato #sarapan
Berapakah umur Imam Syafie sewaktu beliau mula menghafaz al-Quran?
Apabila ada orang mengkritik, mencaci, menghina dan juga berusaha menjatuhkan kita. Dengar dan kenalpasti adakah tindakan mereka itu berbaloi untuk kita berikan respon. Jika tidak berbaloi, teruskan hidup seperti biasa dan tambah baik mana yang kurang. Sedangkan hujan pun boleh berhenti inikan pula mulut manusia.
Anak lelaki India di sebelah saya tadi mengambil buku yang ada di atas meja kemudian disusun di atas rak. Kemudian ayahnya tegur dan terangkan buku ini tidak boleh disusun sesuka hati. Ia perlu diletakkan mengikut nombor siri yang telah ditetapkan. Tidak ada adegan cubit perut, rotan dan tampar menampar semasa beliau menegur anaknya.
Ubat Malas
Ada rakan bertanya bagaimana mahu tangani sifat malas yang semakin lama semakin menebal seiring dengan ketebalan lemak di perut.
Saya beri cadangan supaya dia ambil masa untuk melihat bagaimana pekerja bangladesh dan indonesia yang bekerja di tengah panas.
Perhatikan saja cara mereka bekerja dan tidak perlu memberikan ulasan. Cukup sekadar melihat dan berfikir.
Apa yang membuatkan mereka sanggup berhujan dan berpanas? Apa yang membuatkan mereka sanggup meninggalkan keluarga dan berhijrah ke Malaysia? Apa yang mereka mahukan dalam hidup mereka?
Sekian. :)
Borak Kosong 1
Bayangkan, sekiranya kita membeli satu cokelat yang tidak mengandungi sebarang unsur babi. Tetapi, dalam kilang yang sama ada produk yang menggunakan barang berunsur babi dalam produk tersebut. Maka, tidak mustahil jika bahan yang haram itu tadi bercampur ataupun termasuk dalam cokelat yang halal.
Bebalik kepada isu sokong menyokong pula, dalam satu pilihanraya apabila ada dua ataupun sepuluh calon yang bertanding. Di malaysia sudah pasti parti pemerintah dan pembangkang akan bertanding. Calon yang seterusnya pula kebiasaannya adalah calon daripada parti bebas.
Pada zaman dahulu, parti yang mendapat majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Manakala parti yang tewas perlu menjadi pembangkang.
Selepas PRU13 yang lalu, apabila beberapa buah negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat. Kita dapat lihat ada negeri yang semakin pulih pengurusan dan pentadbiran menjadi bertambah efisyen. Itu di peringkat kerajaan.
Namun, jika kita kecilkan skop pandangan kita. Saya perhatikan ada YB yang menang ibarat hanya mengambil baton daripada YB dahulu dan pecutannya tidak bertambah. Malah ada yang malar saja larian tanpa pecutan dan ada yang semakin lama, semakin perlahan lariannya.
Pada pandangan saya, menjelang PRU14 atapun mana-mana pilihanraya kecil akan datang. Pengundi tidak perlu lagi memilih berdasarkan warna bendera parti yang bertanding.
Sebaliknya pilih calon yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat, bukan calon yang menumpang populariti sebuah parti tetapi tidak reti berbakti kepada pengundi.
Mohd Ariffuddin.
27 Rejab 1435
Pengembara Berkaki Empat.
Panduan Memilih Kursus di IPT
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Baik hati ini saya mahu berikan turutan cadangan kepada lepasan sekolah yang mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
1. KENAL PASTI BAKAT DAN MINAT
- Bakat bukan sekadar bernyanyi dan masuk dalam rancangan realiti tv. Kebiasaannya bakat ini adalah kemahiran yang Tuhan berikan kepada setiap manusia.
2. CARI, BACA DAN KAJI
- Sebelum membuat permohonan ke IPT, buat semakan menyeluruh terlebih dahulu sehingga kita tahu latar belakang kursus yang ditawarkan. Kemudahan yang disediakan, pembiyaan, MQA, adakah kolej itu benar-benar diiktiraf dan tidak menipu,
3. DAPATKAN NASIHAT KAUNSELOR
- Buat temu janji dan sediakan soalan sebelum betemu dengan kaunselor.
4. MOHON IPT
- Semak cara permohonan melalui lawan web MOE.
5. JIKA DAPAT IPT
- Fokus belajar dan perkemaskan bakat yang sedia ada.
6. JIKA TIDAK DAPAT IPT
- Gilap bakat yang ada dan buat sehingga kita dapat menjana pendapatan melalui bakat yang tuhan kurniakan.
Sekian, selamat maju jaya.
Apa Maksud Cita-cita?
Seharusnya, bakal doktor itu perlu mempunyai cita-cita mahu menghapuskan sakit berjangkit yang melanda negara miskin dan mundur disebabkan ketiadaan sumber kewangan ataupun kerana teknologi itu belum sampai ke negara tersebut.
Seorang peguam pula perlu bercita-cita menghapuskan jenayah dalam kawasan jajahannya serta berazam memastikan undang-undang Islam dapat ditegakkan.
Perlu yang dimaksudkan di atas ini bukan bermaksud peguam dan doktor perlu menurut perintah saya supaya bercita-cita seperti itu. Ia sekadar contoh.
Ingat, cita-cita bukan bermaksud pekerjaan apa yang kita mahu lakukan selepas tamat belajar.
Pada tafsiran saya cita-cita adalah perkara yang kita mahu lakukan supaya nama kita berada dalam sejarah peradaban dunia serta dapat menjadi saham yang menjana keuntungan apabila kita sudah tidak ada daya untuk bernyawa.
Pada masa mendatang, cita-cita itulah yang akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada kita.
Harapnya ia dapat memberi pulangan yang berbaloi dan setimpal, syurga.
*Cita-cita : harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Kenaikan harga barang.
Sedang isi minyak dua ringgit sewaktu menghantar sample buku yang mahu dicetak oleh pelanggan SenangTerbit saya tiba-tiba teringat dan terfikir.
Adakah Mat masih lagi 'pow' RM2.00 daripada bosnya, tidak lebih dan tidak kurang.
Ataupun jumlahnya sudah meningkat selaras dengan kenaikan harga barang dan keperluan semasa.
Gambar Status : Cemburu.
Apa yang dimaksudkan dengan cemburu?
Menurut kamus dewan edisi empat, cemburu bermaksud iri hati, kurang percaya atau syak wasangka, dan hati-hati atau berjaga-jaga.
Cemburu, bila dipandukan pada jalan yang betul. Ia boleh dijadikan pembakar lanjutan supaya kita meningkatkan usaha bagi mendapatkan pencapaian yang sama tinggi dengan orang yang kita cemburui itu.
Bagaimana Penulis Mahu Berjaya Seperti Yiruma?
Pemerhatian saya mendapati, Yiruma ini mempunyai video-video yang mempunyai ratusan ribu view di facebook. Rata-ratanya mempunyai 10,000 hingga 500,000 view ke atas. Malah video Kiss The Rain ini sudah pun mencecah 16,000,000+- view.
Pada fikiran saya, salah satu sebab mengapa viewnya banyak, adalah kerana beliau mempunyai banyak karya yang terhasil daripada piano.
1. Fokus kepada bermain piano tanpa bermain gitar/drum/violin.
2. Beliau konsisten menghasilkan banyak lagu daripada pianonya.
3. Beliau bermula bermain piano semenjak usia 11 tahun.
Bagi penulisan pula, besar kemungkinan seorang penulis yang mahu berjaya seperti Yiruma boleh amalkan cadangan yang berikut.
1. Fokus kepada satu kategori tema dan kuasai tema itu sepenuhnya. Lakukan inovasi kepada kategori itu dalam setiap karya kita supaya ia tidak lapuk ditelan masa dan evergreen.
2. Buat novel ataupun buku itu secara bersiri supaya apabila buku disusun pada rak kedai buku. Apabila kita sudah ada sepuluh buku, nama kita akan banyak dipaparkan pada rak buku dan senang menangkap pandangan mata bakal pembaca.
3. Bermula awal sebagai penulis dan sentiasa lakukan latihan serta menghadiri bengkel penulisan bagi mengasah bakat menulis.
------------------
Bagaimana Menukar Blog Menjadi Buku?
- Gunakan bahasa yang lengkap bagi memudahkan kerja suntingan.
- Luangkan masa bagi menulis blog secara konsisten.
- Tetapkan beberapa topik yang dapat menjadi fokus dalam penulisan.
- Sediakan satu fail bagi mengumpulkan setiap artikel yang sudah dimuat naik dalam blog. (Untuk keselamatan, daftar di dropbox bagi mengelakkan kita kehilangan fail penulisan apabila komputer diserang virus.)
- Hadir ke bengkel penulisan Daripada Blog Menjadi Buku yang dikendalikan oleh guru penulisan buku non-fiksyen Malaysia.
Terdapat editor daripada syarikat penerbitan mencari bakal penulis novel melalui karya yang disiarkan di dalam blog. Blog yang mempunyai bahasa yang kemas dapat memudahkan kerja editor dan mempunyai peluang besar untuk diterbitkan menjadi buku.
Blog kerongsang, jahitan dan blog penternakan kambing juga dapat ditukar menjadi buku bercetak ataupun ebook.
Bagaimana Mahu Menghantar Proposal Buku?
Albert Einstein, "Rahsia kreativiti adalah kepandaian menyembunyikan sumber asal kita."
- Sediakan satu kertas cadangan buku.
- Hantar kepada editor@penerbit.
- Tunggu maklum balas daripada mereka.
- Sekiranya masih belum mendapat maklum balas, kirim emel pertanyaan "Memohon Status Proposal" selepas sebulan.
- Sekiranya proposal lulus rancang gerak kerja penulisan supaya tidak terlepas tarikh mati, deadline.
- Judul buku.
- Sinopsis buku.
- Anggaran muka surat.
- 1 bab contoh.
- Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran.
- Kelebihan buku kita berbanding buku di pasaran.
- Sasaran pembeli.
Adakah Buku Rujukan Untuk Penulisan?
- Menjadi Penulis Jutawan - Nimoiz TY
- Karya Nan Indah - Faisal Tehrani
- Panduan Menulis Cerpen - Jasni Matlani
- Tip Menjadi Penulis Bestseller - Zamri Mohamad
- (Skil Pemasaran Buku) Pemasaran Gerila Untuk Penulis - Jay Conrad Levinson
- (Motivasi Penulis) Penulis Yang Disayang Tuhan - Bahruddin Bekri
- Paduan Menulis Novel, Teknik Surah Yusuf - Ainon Mohd.
Bagaimana Mahu Dapatkan Idea Menulis Novel?
Lengkapkan jadual ini berpandukan pemerhatian yang kita lakukan terhadap mereka.
Bagaimana Mahu Jadi Penulis Buku?
- Hadir ke bengkel penulisan novel/buku nonfiksyen/artikel.
- Berjumpa dengan penerbit.
- Bertanyakan kepada editor penerbitan buku apa yang dimahukan pasaran.
- Pilih kategori buku yang mahu ditulis.
- Hantar proposal penulisan.
- Mula menulis sehingga selesai.
- Promosi buku.
- Fikir dan rancang buku yang seterusnya.






