ARIFFUDDIN.COM

Instagram MA


Dulu saya tak faham maksud puisi yang dibaca Anna AlthaFunnisa ini. via Instagram http://ift.tt/1F7VlwB

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Dalam sehari, lima kali kita diseru supaya menuju kejayaan.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea #SenangTerbit #SekolahPenulisan Mencetak Buku . Dengan menggunakan khidmat print on demand (POD), penulis tidak perlu mencetak sehingga ribuan unit dan menyewa stor untuk menyimpan buku. Cetak mengikut permintaan dan keperluan.. . Misalnya, jika setiap bulan penulis menganjurkan bengkel ataupun seminar yang mempunyai peserta sebanyak 300 orang. Penulis dicadangkan supaya masukkan kos jualan buku dalam setiap yuran peserta, maka dengan cara itu setiap bulan 300 buah buku dapat dijual pada setiap bulan. Cetak hanya apabila ada bengkel ataupun seminar. . Sekiranya mahu menggunakan khidmat pengedar buku, kebiasaanya mereka memerlukan tempahan daripada kedai buku terlebih dahulu. . *Penting : Pastikan Tuan ada kemahiran mengutip hutang terlebih dahulu sebelum berikan hutang kepada kedai buku.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Tadi ada instashop produk kecantikan add di instagram. Dia punya iklan, 'Jom Flawless Sebelum Raya.'

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Petang semalam minum teh tarik, kemudian rasa muak. Adakah pencemaran udara di bandar turut menjejaskan kualiti teh tarik ketika ia ditarik?

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea #SenangTerbit #SekolahPenulisan . 3 Peranan Cover Buku. 1. Cover boleh menjual buku. 2. Cover menarik perhatian dan minat bakal pembaca. 3. Cover menjelaskan genre dan isi kandungan buku. ====== Download hadiah ini sebelum kouta percuma habis : http://buff.ly/1G8AX2C

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Ustaz kata, orang yang selalu sujud di akhirat nanti boleh duduk dekat dengan Nabi Muhammad (selawat). Rabiatul Adawiyah solat tahajud 1000 rakaat. Imam Ahmad solat malam 300 rakaat, solat dhuha 300 rakaat. Bagaimana mereka boleh beribadah sebanyak itu setiap hari?

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Seronok juga lihat kawan-kawan kongsi cerita di facebook apabila mereka dapat kelahiran anak pertama. Agaknya begitu besar jugalah kegembiraan mak ayah sewaktu menyambut kelahiran kita dulu.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#hajidell, "sebenarnya yang marah-marah dengan keputusan orang politik baru-baru ini rata-rata bukanlah orang politik pun. memang mereka tidak pernah datang usrah apatah lagi pakai serban. cuma mereka pernah sedekah undi kepada orang politik itu dengan harapan harga minyak dapat diturunkan, wang rakyat dapat dibelanjakan dengan lebih cermat, rasuah dapat dihapuskan dan malaysia dapat ditadbir dengan lebih baik daripada pemegang amanah sebelum ini, itu saja." #abulenovo, "insya-Allah, kita bertenang nantikan hikmahnya."

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Itu hari ada terbaca waris Tan Sri P. Ramlee masih menerima royalti ratusan ribu ringgit setiap tahun hasil daripada lagu ciptaan beliau. Sebahagian diserahkan kepada Amanah Raya dan ada juga yang disampaikan terus kepada waris yang masih hidup.

Instagram MA


via Instagram http://ift.tt/1IseMIf

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Demi kemaslahatan umat kita putuskan jambatan Pulau Pinang, kemudian kita ke pulau menggunakan feri dan kapal terbang.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Ustaz Fawwaz Mat Jan | Tanda-tanda dosa manusia cukup banyak, dia liat nak buat dua perkara walaupun tahu kelebihan melakukannya. 1. Puasa sunat. 2. Menghidupkan malam.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat? February 1, 2015 at 9:54pm Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat? Salam semua Jika kita ingin lihat samada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam jangkamasa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi yang bagus, sihat dan produktif. Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya adalah jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold The Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini. Di dalam forum tersebut yang saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billlionare dan philantrophist serta business leader. Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenalpasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangkamasa panjang. Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :- 1/ Bangun awal pagi seawal 4pagi dan paling lambat 5pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam) 2/ Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw) 3/ Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi)/ Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi)/ Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh) 4/ Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh 5/ Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga 6/ Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis) 7/ Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik 8/ Minum pagi/ sarapan 9/ Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise) 10/ Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi) Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka. Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat. Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi cuma di perkemaskan over the years dan di sesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi. Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari. *Ingat :- 1/ jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti. 2/ jika anda bekerja, adjust rutin ini. 3/ kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden. Jika baik amalkan, jika tidak abaikan. Kongsikan dengan 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat. Love Azizan Osman

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Jika tuan-tuan sudah berumur 18 tahun ke atas, berat badan melebihi 45kg, tidur melebihi 5 jam sehari, tiada masalah perubatan, dan cukup syarat tertentu. Tahniah, tuan sudah layak menderma darah.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Pesan Khatib, "Jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Ada 3 gempa di fb pagi ini : 1. Gempa 5.9 SR di Ranau, Sabah. 2. PM DSNR belum hadir ke majlis dialog anjurannya sendiri, sedangkan peserta dan Tun M sudah sampai. 3. Akhlak pemimpin dan keputusan pemilihan pas.

Instagram MA


Bertahun-tahun dulu ada seseorang sampaikan ayat ini. Ringkas tapi bermakna. via Instagram http://ift.tt/1JpMk9Z

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Pagi-pagi jumaat sambil buat kerja bolehlah senyum-senyum.

Instagram MA


via Instagram http://ift.tt/1FWkPB6

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea #SekolahPenulisan 3 Pilihan Mendapatkan Design Cover Buku Jika mahu Terbit Buku Sendiri : CANVA.COM Jika tidak ada kemampuan untuk membayar design cover, tuan-tuan boleh layari buff.ly/1JlfrKe . Di sana ada template untuk design cover dan pelbagai lagi. Ianya percuma dan ada juga gambar yang dikenakan bayaran sebanyak $1.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Ulama sama ulama bergaduh, ibu bersalin dengan doktor bergaduh, sesama pemimpin negara pun bergaduh. Ikutlah resmi mat rempit, sama-sama maju ke depan.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Tip Kuruslahsangat | Beli seluar yang saiz pinggangnya lebih kecil sedikit daripada saiz pinggang kita sekarang. Kemudian buatlah apa yang patut sampai muat pakai seluar itu. Selamat pakai seluar!

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Bila baca berita tentang pemberhentian 6000 pekerja syarikat penerbangan, saya teringat filem 'Up In The Air'. Peranan George Clooney dalam filem itu adalah konsultan yang diberi tugas untuk berhentikan pekerja syarikat-syarikat besar.

Instagram MA


30 tahun. #ulay #marinaabramovic via Instagram http://ift.tt/1IeuJlk

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea #SekolahPenulisan 3 Pilihan Mendapatkan Design Cover Buku Jika mahu Terbit Buku Sendiri : Tiruvasi Design Cover buku Ini pula adalah panduan yang dikongsikan kepada saya oleh salah seorang pengedar buku. . Pesannya tiru saja cover yang telah ada di pasaran US rujuk http://buff.ly/1KJ2nQK dan tiruvasi design mereka, ini kerana mereka telah mencuba kaedah itu dan ia berkesan meningkatkan jualan buku-buku yang menggunakan cover adaptasi. .

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea #SekolahPenulisan 3 Pilihan Mendapatkan Design Cover Buku Untuk Terbit Buku Sendiri : Upah Designer. . Senaraikan bagaimana cover yang kita mahukan, siapa sasaran pembaca dan berikan tajuk kepada designer cover. Kemudian buat bayaran kepadanya. . Kosnya bergantung kepada kemahiran designer dan juga jenis cover yang dimahukan. Ia bermula daripada RM350.00++ untuk sebuah design cover.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#AbuLenovo, "Apa cadangan haji tentang isu ulama dan ilmuan saling tikam menikam, tentang pemberhentian pekerja beribu orang dan pelbagai isu yang menimpa Malaysia sekarang ini?" #HajiDell, "Ada baiknya kamu bertanya semua itu kepada orang yang subuh berjemaah."

Instagram MA


Baiklah. #Repost @buildyourempire_ ・・・ A great reminder by our friends @thestartup.co ! via Instagram http://ift.tt/1JdjppD

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Guruh dan kilat macam ada hujan bom.

Instagram

Instagram