Status Facebook Mohd Ariffuddin
#AbuLenovo. "Sultan Perak pesan, mereka yang diamanahkan dengan jawatan awam perlu menjadi penjaga keadilan dan memelihara negara ini untuk generasi akan datang. Apabila kita sendiri mampu mewariskan negara kita ini kepada anak cucu kita dalam bentuknya yang asal - kalaupun tidak dalam keadaan lebih baik - yang kita pusakai daripada para bapa pengasas kita." . #HajiDell. "Bila doktor ingatkan kita supaya banyakkan bersenam, itu tandanya kita sudah gemuk, banyak penyakit dan badan tidak cergas."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Nak pejam mata jadi serba salah bila teringat kawan kata, "Kita belum cukup usaha macam Bangla untuk berjaya lebih lagi daripada Bangla di Malaysia."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Hujan. Kadang-kadang masa tengok Bodyguard boleh pula hujan. Bila doa, mengaji dan solat tak hujan pula.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#HajiDell. "Kadang kita hanya mula bersyukur selepas perlu keluarkan duit untuk minum air bersih dan perlu beli udara untuk bernafas."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Teringat kembali satu pesanan dalam buku kekeluargaan. "Tugas mendidik anak bermula seawal proses mencari jodoh."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Siang tadi kawan yang kerap berurusan dengan pekerja asing berkongsi cerita tentang beberapa gaya hidup pekerja Bangladesh di Malaysia. Pekerja dari negara yang mempunyai lebih 85% penduduk beragama Islam ini hanya makan nasi sehari sekali. Nasi mesti membukit dan disudahi dengan air mineral botol besar. . Mereka akan kerja selama 7 tahun dan bercuti 3 bulan sebelum kembali semula membanting tulang di Malaysia. Setiap bulan duit belanja akan dihantar ke kampung sebanyak RM300 hingga RM500.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Berita AWANI | Kastam kutip cukai RM30bilion daripada GST. Kutipan tol PLUS mungkin naik 5% tahun depan. Siti Nordiana kumpul 30,000 twit.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Ayat pembukaan DBAM. "Segala yang sukar pada mulanya, telah bertukar menjadi mudah."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Pelangi itu ada masanya semasa hujan pun ia dapat dilihat, bengantung kepada sudut pandang kita.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#AbuLenovo. "Petang tadi ada dengar jurulatih Kedah kata mereka ada kelemahan pada bahagian pertahanan." . #HajiDell. "Apabila sudah tahu ada kelemahan namun ia tidak diselesaikan, tindakan itu sama seperti tahu kelebihan baca doa sebelum makan tapi kita tidak amalkannya."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#HajiDell. "Kalau imam tersilap rakaat, betulkan. Jika imam selalu silap rakaat semasa bersolat, gantikan imam baru supaya masyarakat aman dan tenang."
Instagram MA

Salah cara berkomunikasi, nanti ada hati yang terasa. Kesannya boleh memberi kesan seumur hidup. Berbincang dan selesaikan bersama. via Instagram http://ift.tt/1O1qxZI
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Kadang-kadang, tidak semua perkara perlukan sebab dan akibat baru perlu bertindak. Contohnya telefon mak.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Dulu pernah dengar orang kata, "Bad promotion, still a promotion." . Sekarang ini donald trump sedang mempromosikan Islam secara besar-besaran dengan caranya tersendiri. Mudah-mudahan lebih ramai yang dapat tahu dan mengkaji tentang Islam.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Yeahhh!!! Betulll!!!! Setujuuuu!!!! Yeaaaa!!!! Sokongggg!!!! Yeahhh!!! Betulll!!!! Setujuuuu!!!! Yeaaaa!!!! Tepuk. Yeahhh!!! Betulll!!!! Setujuuuu!!!! Yeaaaa!!!! Sokongggg!!!! Yeahhh!!! Tepuk. Betulll!!!! Setujuuuu!!!! Yeaaaa!!!! Yeahhh!!! Betulll!!!! Setujuuuu!!!! Yeaaaa!!!! Sokongggg!!!! Yeahhh!!! Betulll!!!! Setujuuuu!!!! Yeaaaa!!!! Tepuk. Yeahhh!!! Betulll!!!! Setujuuuu!!!!
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Ingatkan hari ini hari rabu, maka terlewat post siri aritkel #SelfPublish101 dalam group cerpen Cik Rahmah. Hari pun tak ingat, bagaimana mahu hafal hari jadi nama orang.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#SelfPublish101 Editing untuk penulis terbit buku sendiri. 1. Barangkali saya tidak perlu jelaskan apa itu editing dan mengapa perlu membuat editing. Dalam Cik Rahmah pasti sudah jelaskan dan ada diterangkan dalam ebooknya. Cuma, saya akan sentuh sedikit beberapa kepentingan editing. . 2. Manuskrip perlu diedit supaya karya kita yang dijual itu berbaloi untuk dibeli. Berbaloi ini saya umpamakan seperti ini, seorang pembaca bekerja pagi hingga petang untuk dapatkan gaji dan kemudiannya mereka membeli karya kita. Selepas dibaca, didapati ada banyak kesalahan ejaan, tanda baca dan juga tatabahasa di dalamnya. Boleh jadi mereka akan terkilan dan mungkin menyesal mengeluarkan sebahagian duit gaji mereka membeli karya kita. . 3. Ada 3 cara penyelesaian untuk editing manuskrip ini. Pertama, edit sendiri. Semak ejaan karya kita menggunakan laman web PRPM. Risikonya, kita tidak akan nampak kesalahan yang dilakukan sendiri walaupun ketika kita sedang membacanya dengan teliti. Tidak percaya? Cuba baca artikel-artikel saya yang ini dan sebelum ini, pasti ada kesalahan ejaan walaupun saya sendiri sudah semak berkali-kali. . 4. Kedua, upah kawan, adik dan juga mereka yang boleh membaca dan mengeja dengan baik. Cetak manuskrip dan berikan hilighter dan minta mereka tandakan kesalahan itu dan catatkan muka surat untuk kita buat tindakan selanjutnya. . 5. Keempat, upah editor profesional. Hanya perlu sediakan duit dan bayar untuk mereka semak dan betulkan karya kita. Kosnya bermula daripada RM3.00 per muka surat dan boleh sampai ke RM5.00 per muka surat, bergantung kepada bahasa, dan juga jenis manuskrip. Jika manuskrip ada banyak perkataan teknikal, hadis, ayat Quran dan sebagainya kosnya lebih tinggi. . 6. Mari kita buat kira-kira ringkas. Misalnya Tuan-tuan menulis sebuah novel yang berjumlah 200 muka surat. - 200 muka surat x RM3.00 = RM600 Editing tidak termasuk dengan layout. . 7. Jadi saya agak terkejut apabila Cik Rahmah mahu berikan secara percuma untuk editing karya Tuan-Tuan. Sekiranya Cik Rahmah buka lagi peluang itu lagi, mohon Tuan-tuan gunakan sebaik-baiknya.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Pagi-pagi lagi dua stadium di Malaysia masuk dalam Discovery Channel "Incredible Engineering Blunders : Fixed". Jurutera mencadangkan agar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin belajar daripada kejuruteraan Stadium Shah Alam supaya bumbung kukuh dan tidak menyembah bumi . Jurutera juga cadangkan supaya gunakan saja bumbung yang lebih mudah dan murah penyelesaiannya seperti bumbung di Litar Antarabangsa Sepang agar ia tidak runtuh buat kali ketiga.
Instagram MA

Boleh jadi hari ini hati mencintai. Namun, takdir menentukan esok bertukar benci. Itulah susunan perjalanan yang Tuhan sediakan kepada kita. Ingat satu perkara, hikmahnya pasti ada. via Instagram http://ift.tt/1IEvZ29
Subscribe to:
Posts (Atom)










