Status Facebook Mohd Ariffuddin
#AbuLenovo, "Kasihan rakyat malaysia bulan ramadan ini. Macam-macam ujian mereka terima. Mula-mula dapat hadiah gst, kemudian banjir kilat dan gempa bumi. Malah di Pantai Timur ada yang masih berbuka dan tidur di bawah khemah. . Tak cukup dengan itu harga minyak naik, kadar tol pun dengar gosip akan naik menjelang hari raya berakhirnya puasa bergema takbir senja menyambut syawal tiba. Hutang negara pula makin hari makin bertambah. Ada menteri pun, hmmm...." . #HajiDell, "Biasalah tu, orang beriman memang kuat diuji."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Saya kagum dengan kerajaan Selangor. Sudah banyak daerah ada bas percuma, air percuma, ada pinjaman mudah untuk usahawan kecil, dan banyak lagi. Malah Selangor lebih ke depan semasa membantu mangsa banjir Pantai Timur dan gempa bumi di Sabah. Dengar kata selepas ini bas sekolah pun akan disediakan secara percuma oleh MBPJ.
Instagram MA

Besar betul kesan bertambahnya sesaat salam kehidupan. . Patutlah ada cerita orang yang sudah mati minta diberi peluang hidup semula walaupun satu saat untuk bersedekah dan beramal. via Instagram http://ift.tt/1g6nYG5
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#AbuLenovo, "Ya Allah, selamatkanlah Malaysia." #HajiDell, "Amin! Amin!"
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#AbuLenovo, "Nampak gayanya makin besarlah nisbah antara lelaki dan perempuan selepas ini bila geng warna warni kahwin sesama mereka." #HajiDell, "Kita ada jalan penyelesaian melalui poligami kepada yang berani dengan isteri. Cuma usahakan supaya ia menjadi penyelesaian dan bukan penyesalan."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#TerbitIdea ====== Apa Tip Karya Bestseller? Strategi : Sebaik saja siasatan sudah dijalankan. Kita sudah boleh mengatur strategi bagi menyelesaikan tragedi yang menimpa watak. . Penyelesaian yang dimaksudkan adalah pengakhiran untuk konflik dan tragedi yang telah jatuh bertimpa-timpa. . Pada bahagian strategi inilah idea kreatif penulis akan diuji. Adakah ia akan menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang serupa dalam kebanyakan buku yang dibacanya? . Atau penulis menggunakan ilmu dan maklumat hasil daripada bacaan dan kajian yang dijalankan daripada banyak sumber.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Agaknya bila keluar Buletin Bumper Ramadan pada syawal nanti Iblis pun terkejut baca surat khabar cerita pasal manusia.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#HajiDell, "Apabila terlalu fokus kepada isi durian, kita mungkin dilukai oleh pisau ketika membelahnya."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Semalam bila nampak ada sticker selawat pada cermin kereta di depan, secara tidak sengaja telah terbaca dan jadi malu-malu nak potong kereta itu. Besar kesan selawat nabi rupanya.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Nampak gaya macam peristiwa Serangan Subuh akan berulang menjadi Serangan Asar. Ulysses S. Grant, "In every battle there comes a time when both sides consider themselves beaten, then he who continues the attack wins."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#HajiDell, " Selain mamak dan kelab malam yang beroperasi 24 jam. Satu lagi punca gejala sosial semakin meningkat adalah masjid tidak dihidupkan 24 jam."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Kagum dengan orang yang boleh bawa anak-anak dan isteri pergi masjid.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Sebelum khutbah tadi ustaz bertanya dalam tazkirah, "Siapa yang suapkan isteri makan sewaktu bersahur tadi?"
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Di Russia ada sekolah khas yang mengajar kanak-kanak buta membaca al-Quran braille. Di masjid Bangsar juga ada quran braille di dalam kawasan solat utama.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Bulan ramadan pun boleh jadi bulan belajar memasak kepada yang mahu belajar.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Ramai bercerita tentang mimpi. Sebenarnya mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia. Berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Sebelum tidur jika ada yang sudah basuh beras untuk sahur cuba semak semua. Sudah tekan suis on atau belum?
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Dicadangkan kepada Pengurusi serta AJK masjid atau persatuan pelajar usahakan satu pogram lawatan sambil belajar ke masjid dan menjemput para peserta di kalangan bukan muslim. Cadangan aktiviti : 1. Tutorial wuduk. 2. Penerangan tentang solat. 3. Soal jawab. 4. Makan-makan. 5. (cadangan lain.)
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#TerbitIdea #SenangTerbit #SekolahPenulisan ====== Apa Tip Novel Best Seller? Dalam satu bengkel penulisan skrip anjuran Finas, tenaga pengajar ada berkongsi bahawa dalam sebuah karya yang laku keras, ia mempunyai empat elemen penting. Empat perkara itu adalah seperti berikut tragedi, strategi, penyiasatan dan cinta.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Membelah Purnama Walau purnama terbelah dua, Niat masih kekal serupa, Bumbung tiris diganti baru, Tiang reput disalin yang padu, Supaya rumah bertambah utuh, Agar negara berganda kukuh. #HajiDell
Subscribe to:
Posts (Atom)









