ARIFFUDDIN.COM

Mengapa proposal saya ditolak?

Saya telah tidur selama tiga hari empat malam di hotel bagi menyediakan proposal ini. Mengapa proposal saya ditolak? Mengapa editor tidak menerima karya agung saya? Mengapa dunia ini tidak adil? 

Tuan-tuan, sekiranya proposal penulisan kita ditolak atau tidak diterima oleh penerbit. Itu bukanlah bermakna idea kita itu tidak bagus. Barangkali tema yang kita mahu tulis itu tidak selari dengan perancangan syarikat penerbitan.



Solusinya, ubah proposal/jalan cerita mengikut kehendak penerbit atau kirimkan proposal itu kepada penerbit yang lain. Untuk rekod, novel pemenang anugerah Nobel William Golding, Lord of the Flies pernah ditolak oleh 20 buah penerbit sebelum ia berjaya diterbitkan.


Sebaik-baiknya, sebelum kita mengirimkan proposal kepada sesebuah syarkat penerbitan. Kaji terlebih dahulu penulisan yang bagaimana dimahukan oleh syarikat penerbitan itu. Bagaimana cara pembayaran royalti dibuat? Sekiranya kita menulis novel, adakah syarikat itu dapat menukar novel kita menjadi komik, mahupun filem?


Puan Ainon Mohd. pernah berpesan dalam blog universitipts.com. Jangan rancang buku. Rancanglah kejayaan buku. Penolakan bukan bererti kita telah gagal. Ia adalah kejayaan yang tertangguh sebelum kita mendapat kejayaan yang lebih besar. 


Dalam waktu yang sama, bina proposal baru dan teruskan menulis sesuatu yang dapat mengirim pembaca ke syurga. Tambahkan ilmu menulis dengan menyertai bengkel menulis dan membaca buku-buku teknik menulis. Antara penulis yang aktif menjalankan bengkel menulis novel ialah Cik Azzah Abdul Rahman bersama Akademi Hero. 


------------------
Mohd Ariffuddin
Penulis novel,
kanak-kanak dan remaja
ariffuddin.mohd@gmail.com
https://www.facebook.com/dinahmad

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram