ARIFFUDDIN.COM

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Cari, punya cari, punya cari, seluar tak jumpa-jumpa. Rupanya sedang pakai seluar yang dicari.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Sambil-sambil tonton drama tu cari masa juga untuk bersenam. Panjang lagi episod drama kali ini. Dengar kata babak seterusnya akan berlangsung di Jelapang Padi pula. Tingkatkan integriti, kurangkan makan popcorn.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Musim panas ini perlu waspada ketika mengucapkan kata sebab ramai yang sedang tertekan akibat ditekan. Bimbang ada kes Bouazizi 2.0 pula di sini nanti.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Selamat pagi! Jangan pelik apabila harimau, buaya dan gajah serang tanaman dan manusia. Adat apabila kita sudah menceroboh kawasan cari makan haiwan-haiwan itu, secara semula jadi penceroboh hutan itu akan masuk dalam senarai menu santapan harimau, gajah dan hidupan liar yang lain.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Rupa-rupanya Nabi Muhammad (selawat) tidak sambut ulang tahun perkahwinan.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Berapa tebal buku sejarah anak cucu kita nanti agaknya.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#HajiDell, "Tahun awal-awal perkahwinan adalah tahun yang mencabar. Sebelum bersama berdua, hanya kecantikan dan keindahan saja yang dilihat mata. Lihat saja apa yang terjadi kepada Pakatan Rakyat dan hubungan PM bersama TPM. Jadi jika bahagia bersyukur dan jika tidak bahagia kenal pasti semula apa sebab kamu berkahwin dulu. Jika bernikah kerana Allah, insya-Allah, ada jalannya."

Instagram MA


#Repost @beraniberhijrah ・・・ Kena siap sedia untuk dikapankan juga. via Instagram http://ift.tt/1JtPHME

Instagram MA


Jangan mati sebelum melawan. via Instagram http://ift.tt/1KwQii1

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Selamat pagi! Jangan jadi seperti kapal layar yang sentiasa membuat keputusan mengikut arahan angin. Jadilah orang merdeka.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Aaron Ajiz, "Saya yakin, apabila bersama kamu saya jadi lebih baik." Alasan....

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Ada satu saja yang tidak akan diturunkan atau dijatuhkan. SelainNya, bila cukup syarat tetap akan ke bumi juga.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Rupa-rupanya apabila kita diberi peluang dan kesempatan untuk bersedekah, ia juga dikira sebagai rezeki.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Kepala Putra, "Bagi menambah baik perkhidmatan tren, kita akan rombak dan gantikan keseluruhan tren. Kita akan beli badan tren yang baru supaya penumpang lebih selesa. Namun kita harus kekalkan lokomotif sedia ada walaupun kos penyelenggaraan semakin tinggi. Kerana belum tentu lagi jika kita tukar kepala keretapi baru, kos selenggara menjadi lebih rendah."

Instagram MA


Terdesak di negara sendiri buatkan mereka kaya di negara orang. via Instagram http://ift.tt/1D7rqKU

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Sebelum isi minyak, sebelum guna escalator, sebelum guna tren, sebelum tidur di hotel, kenal pasti dulu lokasi butang kecemasan.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Bukan bab gaji saja, dalam hal penuhkan saf pun pekerja Bangladesh, Nepal, Indonesia, Pakistan menjuarai juga.

Instagram MA


via Instagram http://ift.tt/1LKWmDY

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Apabila menonton drama orang politik Malaysia, tontonlah seperti melihat siaran ulangan perlawanan bola sepak. Tidak perlu beremosi kerana orang politik hanya mengikut skrip drama terdahulu. Hanya konflik, watak dan stoyline yang ditukar. Temanya serupa, menghiburkan rakyat supaya leka dengan situasi yang menghentam ekonomi Malaysia. #DramaMalaysia

Status Facebook Mohd Ariffuddin

isu yang melanda Najib sekarang ini adalah ulangan daripada episod drama yang pernah dilakonkan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim. Selepas beliau diturunkan, pihak yang bising sebelum ini akan senyap. Mereka akan mencari musuh baru untuk diserang. Sedamgkan MB Khalid menjalankan tugasnya dengan efisyen. Azmin hanya sekadar menyiram benih dan anak pokok yang ditanam oleh MB sebelumnya. Macam Nurul Izzah basuh kaki dan masuk ke Lembah Pantai menikmati hasil yang ditanam oleh Raja Nong Chik. #DramaMalaysia

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Semenjak dua ini posting di media sosial sudah macam ruangan jenayah dalam akhbar. Hati-hati.

Instagram MA


Mahukan kepastian? Tanya tuan badan. via Instagram http://ift.tt/1LLps4x

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Saya selalu gagal bancuh air, daripada situ saya belajar erti redha.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Penat berpeluh berlari menamatkan perlumbaan di dunia, rupa-rupanya penamat itu adalah permulaan yang sebenarnya.

Instagram MA


via Instagram http://ift.tt/1MsAJs1

Instagram MA


Jaga-jaga, jangan biarkan orang curi dan gunakan emas kita sesuka hati. via Instagram http://ift.tt/1en7lom

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Siapa yang percaya satu campur satu sama dengan dua, hati-hati. Zaman ini jawapannya boleh jadi tiga ataupun empat, bergantung atas ketetapan penguatkuasa.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Dulu dalam satu program latihan bersama agensi kutipan zakat saya pernah bertanya tentang agihan zakat dan sebagainya. Pada saya, selepas mendengar jawapan mereka, tidak adil jika ada yang mengatakan mereka semua di pejabat zakat makan gaji buta. . Di pihak asnaf pula, sesetengahnya yang berfikir mereka layak terima wang zakat sampai bila-bila. Ini fahaman yang salah dan menafikan keperluan berusaha untuk keluar daripada senarai asnaf seterusnya menjadi pengeluar zakat. . Elakkan beremosi ketika berkongsi.

Instagram MA


via Instagram http://ift.tt/1DANDMy

Instagram MA


Mana milik kita, tidak ada milik kita, semua yang ada, Allah yang punya. via Instagram http://ift.tt/1IdWafB

Instagram MA


Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu hendak dustakan. via Instagram http://ift.tt/1CR58gm

Instagram MA


Kata dia, "Art Of Life." via Instagram http://ift.tt/1CQPaTr

Instagram MA


1 kedai, 4 penebar roti canai. via Instagram http://ift.tt/1MeNzcu

Instagram MA


Bergambar. via Instagram http://ift.tt/1CPHz7H

Instagram MA


Ziarah Bekas Ketua Geng Kapak (SMTSS), Abang Nazrin. via Instagram http://ift.tt/1CJcgf4

Instagram MA


Pekan ahad, Titi Serong. via Instagram http://ift.tt/1ffaozE

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Doa musafir di aidilfitri termasuk dalam kumpulan doa yang dimakbulkan jugakah?

Instagram MA


Lapaq. Cari nasi. via Instagram http://ift.tt/1Ve84K8

Instagram MA


Basah. via Instagram http://ift.tt/1Ia7yci

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Semoga semua kebaikan yang dibuat sepanjang ramadan mendapat balasan ganjaran yang terbaik. Semoga semua amalan yang dilaksanakan dapat diteruskan hingga Syaban akan datang. . Semoga kita dimantapkan iman untuk menguruskan nafsu. Semoga cinta yang dibina sepanjang ramadan menjadi asbab kita dapat berjalan beriringan bersama ke syurga. . Maaf zahir batin.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Sempat lagi berdoa sebelum berbuka, ramadan tahun depan belum tentu lagi dapat peluang yang sama.

Instagram MA


Semoga semua kebaikan yang dibuat mendapat balasan ganjaran yang terbaik. . Semoga semua amalan yang dilaksanakan dapat diteruskan hingga Syaban akan datang. . Semoga semua dosa diampunkan. . Semoga diberi kekuatan untuk menguruskan nafsu. . Semoga kita dapat berjalan beriringan bersama ke syurga. . Maaf zahir batin. via Instagram http://ift.tt/1K9DOwy

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Beli santan dan kerisik punya beratur macam nak bayar zakat satu syawal.

Instagram MA


via Instagram http://ift.tt/1Gn2kmd

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Kalau harga ayam, daging, santan naik jangan mengamuk di pasar pula. Nak habis ramadan ni makin kuat kita diuji bagi melihat kualiti puasa selama sebulan. . Kalau rajin telefon kpdnkk macam Azroi buat dalam tv.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Ada masanya jadi risau untuk suruh orang sedang marah bersabar kerana kita tidak tahu berapa lama dia sudah bersabar.

Instagram MA


Ternampak seorang pejuang ditemani isterinya menunggu teksi di tepi jalan. Dari tadi sampai sekarang saya tak dapat bayangkan betapa besar pengorbanan kekasih lelaki itu sanggup ke sana sini menemani suaminya dari dulu, kini dan mungkin sampai akhir hayat. Mungkin itulah cinta. . *Dapat naskah ini percuma tadi. Rasanya selepas pru13 langsung tak beli harakah. via Instagram http://ift.tt/1M3KwDM

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Tajuk : Aku, Kau dan Pop Corn. ***** Ku Cinta, "Mak kau hijau!" Ku Sayang, "Mak kau pink!" Ki Pen Merah, "Eh, ada gaduh! jom tengok" Ki Viral, "Banyak betul bergaduh sekarang, nasib baik aku dah beli memori kad baru 1 tera. Ada gaduh hari-hari pun tak ada hal." . Sebaik saja mendengar ada pergaduhan, umat manusia berpusu-pusu menuju ke lokasi kejadian. Termasuklah dua orang muda Shu Jia dan Mat Ali yang tidak kenal antara satu sama lain. Mereka berudua bergegas menuju ke Stadium Nasional Bukit Tenang dari haluan yang berbeza. Setibanya di sana, Mat Ali mengambil tempat pada kerusi bahagian tengah. . Shu Jia pula tidak berpeluang untuk duduk menyaksikan pergaduhan itu. Ada tugas lain yang dia perlu selesaikan untuk ummah. "Pop corn! Pop corn! Air! Air! Pop corn! Pop corn! Air! Air!" . Mat Ali kebetulan dahaga selepas penat berlari sebentar tadi memanggil Shu Jia, "Amoi Cantik! Bagi air satu, pop corn satu." . Shu Jia menghampiri Mat Ali, dia kemudiannya mengeluarkan pop corn dan air mineral terakhir dari beg sandang lalu diserahkan kepada Mat Ali. "Semua sekali lima ringgit." . Mat Ali mengeluarkan sekeping kertas berwarna hijau lalu diserahkan kepada Shu Jia. "Awak baru berniaga di sini ke? Selalu saya datang tengok orang bertumbuk tak pernah nampak pun amoi secomel kamu ada di sini." . Amoi cantik itu duduk kerusi kosong di sebelah Mat Ali melihat dua orang budak berbertumbuk lidah, "Dulu saya memang tak pernah datang ke sini. Tapi bila lihat orang penat berlari, pasti mereka dahaga. Jadi saya cuba bantu orang ramai saja dengan jual air mineral dan pop corn." . Mat Ali menghulurkan pop corn kepada Shu Jia, "Banyak ke dapat hasil jualan pop corn dan air mineral ni?" . Shu Jia mengambil segenggam pop corn dan menyuap ke mulut sambil menjawab pertanyaan Mat Ali, "Sekarang banyak juga orang bergaduh, jadi adalah untung sedikit. Seminggu sekali bolehlah buat beli 4 gram emas." ***** Haji Dell, "Aku nikahkan kau dengan Shu Jia bapanya telah berwakil walikan kepada aku dengan mas kahwinnya satu dinar emas." . Mat Ali, "Aku terima nikahnya Shu Jia dengan mas kahwinnya satu dinar...." ***** Ku Cinta, "3310 ini tak ori!" Ku Sayang, "Memanglah!" . Kini Shu Jia tidak lagi sendirian berjualan di Stadium Nasional Bukit Tenang, . Mat Ali, "Pop Corn! Pop corn! . Shu Jia, "Air! Air!" . Selepas jualan habis, mereka berdua duduk di satu ruang yang masih kosong dalam Stadium Nasional Bukit Tenang menyaksikan dua pihak sedang bertumbuk. Stadium yang kerap menjadi vanue utama apabila ada pergaduhan. . Su Jia menghulurkan air mineral kepada suaminya, "Bulan depan kita mahu pergi ke mana?" . Mat Ali, "Singapura, Bali, Jepun, Korea semuanya sudah. Apa kata kali ini kita pergi jelajah Europe pula?" . Shu Jia, "Jauhnya, habis siapa yang akan jual pop corn di sini nanti bila ada orang bertumbuk?" . Selepas meneguk air mineral, Mat Ali menghulurkan pop corn perisa madu kepada Shu Jia, "Jangan bimbang, nanti abang cari ejen jualan." . Shu Jia, "Yeay!" *****

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Tadi, kurang satu minit menaip tahniah dan takziah pada dua orang yang berbeza. Ya, sebenarnya kita tidak ada banyak masa untuk melakukan tindakan yang sia-sia.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Terdengar macam ada orang azan dari masjid.

Instagram MA


#Repost @missfazura ・・・ ♡♥♡♥♡ via Instagram http://ift.tt/1eWnguf

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#HajiDell, "Nak selamatkan minda, jangan beriman dengan media."

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea P. Ramlee sering mendidik peminatnya dalam ketawa supaya penonton menjadi lebih cerdik selepas menyaksikan karyanya. ===== Petikan Filem Tiga Abdul. Abdul Wahub. "Kenalkah kamu kepada si khadam tua itu?" . Abdul Wahib. "Dia inilah yang menyebabkan kita menjadi papa kedana." . Abdul Wahab. "Mari kita cekik dia!" . Abdul Wahub. "Hei! Yang kau nak cekik dia tu kenapa? Kamukan tahu yang dia tu penipu, muka dia pun muka penipu. Yang kamu berdua yang bijak pandai yang boleh kena tipu ni pasal apa? Kamu berdua yang bodoh!" ===== p/s : Boleh kongsikan lokasi atau nama kedai komputer milik 100% bumiputera di Kuala Lumpur?

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Kurang Ajar (Usman Awang) Sebuah perkataan yang paling ditakuti Untuk bangsa kita yang pemalu. . Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku; Kau harus menjadi manusia kurang ajar Untuk tidak mewarisi malu ayahmu. . Lihat petani-petani yang kurang ajar Memiliki tanah dengan caranya Sebelumnya mereka tak punya apa Kerana ajaran malu dari bangsanya. . Suatu bangsa tidak menjadi besar Tanpa memiliki sifat kurang ajar.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Cukup-cukuplah. Jangan-jangan Zahra dengan budak Melayu itu sudah pun ada di masjid tunggu bilal azan isyak.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Dulu ada ustaz kata sedekah pun boleh jadi asbab kepada penyumbang itu selamat daripada bala dan kemalangan. Jadi sebelum tayar bergolek ke kampung halaman, bolehlah beri infak kepada yang memerlukan.

Instagram MA


Kad nak cetak dah, cuma tengah tunggu nama pengantin perempuan. via Instagram http://ift.tt/1HmnPVR

Instagram MA


via Instagram http://ift.tt/1eRz40N

Instagram MA


#Repost @makkahx ・・・ Our Lord! Let not our hearts deviate from the truth after You have guided us, and bestow upon us mercy from Your grace. Verily You are the Giver of bounties without measure. via Instagram http://ift.tt/1Cw8Wns

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Ketika melintasi sebuah surau sebentar tadi, saya ternampak ada perempuan bertelekung putih memimpin tangan seorang lelaki bertongkat putih. Walaupun lelaki itu gelap penglihatan, cinta memimpinnya mendekati tuhan. Bersama-sama mencari cahaya tanpa mengherdik kegelapan. Itulah cinta.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Langit malam ini cantik. Walaupun bintang tidak kelihatan, saya yakin awak ada di sana.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Tadi ada tazkirah imam dari Syria. Imam itu kata zionis bila berlawan tembak dari depan kita, tapi isis dan syiah tembak dari belakang. Habis tazkirah ada budak-budak main mercun meletup macam bom. Style juga ceramah ada kesan khas bunyi mercun meletup.

Instagram MA


Tadi sambil jalan-jalan ada budak datang dekat bagi kurma dan air mineral. Rezeki berbuka. Tapi jadi segan juga bawa air botol siang-siang ramadan ni. via Instagram http://ift.tt/1ftAWhn

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Ramai juga yang berkongsi pengalaman naik kenderaan awam LRT, komuter, bas dan teksi. Sebenarnya apabila kita tidak dilahirkan atas dulang emas berkain kuning, kita perlukan usaha, bakat dan jaringan kawan-kawan yang bagus jika berniat mahu berjaya.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Tadi terbaca satu gambar infografik yang dikongsikan oleh kawan. a) 1990 : Sasaran mereka adalah 1 keluarga 1 graduan lulusan IPT. b) 2013 : Sasaran mereka adalah 1 keluarga 1 jutawan.

Instagram MA


Pentas Dakwah | Orang yang berjaya pada bulan ramadan adalah orang yang dapat membawa kehidupan semasa ramadan ini hingga ramadan yang akan datang. via Instagram http://ift.tt/1JRDPoT

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#Terbitidea Apa yang penulis dapat belajar daripada skrip filem Ali Baba Bujang Lapok ===== Penjual candu. "Candu! Candu! Candu! Murah-murah!" . Pengedar ganja. "Ganja-ganja, beli satu. Ganja-ganja, Cik Siti beli satu." . Penyeludup, "Assalamualaikum, Cik Siti mahu beli apa?" . Cik Siti, "Saya mahu beli belacan." . Penyeludup, "Bela...?! Shhh! Jangan cakap kuat-kuat, nanti polis tangkap sama saya." . Cik Siti, "Jual belacan pun polis tangkap?" . Penyeludup, "Benar Cik Siti. Jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen. Tetapi jual belacan tak ada lesen, saya smuggle dari Malaya." . =====

Instagram MA


Moreh. Aiskrim roti. via Instagram http://ift.tt/1JP6TgL

Instagram MA


via Instagram http://ift.tt/1HLLYL8

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Sedap betul tengok brader tadi makan sandwish. Selepas ini bila nak makan siang bulan puasa carilah tempat yang Tuhan tak nampak.

Instagram MA


via Instagram http://ift.tt/1Cl0Yx7

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#HajiDell, "Kita marah bukan kerana benci, marah ini kerana cinta. Cinta yang sangat dalam seperti ibu yang berjaga malam supaya tidak ada nyamuk dapat menghisap darah anaknya."

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea Apa Yang Perlu Disunting Sebelum Menerbitkan Manuskrip. . 5) Plagiat : Suntingan dibuat dengan meneliti semua tulisan yang siap dikarang supaya tidak ditiru, diciplak daripada buku, blog ataupun pelbagai medium lain tanpa izin penulis asal. Gunakan teknik adaptasi.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Semoga hujan yang turun ini membuang debu korupsi ke longkang dan menyuburkan bunga-bunga cinta kita.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#AbuLenovo, "Apa nak jadi dengan penerima-penerima sumbangan undi rakyat Malaysia ni?" #HajiDell, "Terpulanglah mau jadi apa, mau jadi hantu mau jadi buaya. Terpulanglah mau bikin apa, mau bikin masalah serah teruskan saja. Berdoalah apa yang patut menjelang malam-malam lailatulqadar ni."

Instagram MA


#Repost @teladan.rasul ・・・ Bersabarlah, InsyaAllah Kau Akan Mendapatkan Yang Terbaik Wanita itu suka laki-laki yang 'memperjuangkannya'. Laki-laki yang berjuang untuknya, bukan demi status pacaran tapi demi menikah dengannya. Bukankah wanita juga sama? Berharap dirinya dihormati dengan pernikahan, karena tidak ada penghormatan bagi wanita sebaik dinikahi Kamu boleh berbahagia dengan statusmu saat ini, bahkan kamu berbangga, sedang kamu hanya (maaf) dipacari, bahkan jodohmu, mungkin bukan dia. Kamu terlalu cepat berbahagia, padahal, seandainya kamu lebih bersabar, mengikuti cara yang Dia mau, insyaAllah kamu akan dapatkan yang terbaik Tentang keyakinan dan tawakkal pada Rabbmu, bahwa kamu juga akan dipertemukan dengan ia yang menjaga diri, karena kamu menjaga dirimu. Ataukah keyakinan itu tidak ada? Ataukah prasangka baik padaNya memang tidak pernah kamu tanam dalam hatimu? Kurangkah pengharapan mulia itu? Kita meninggalkan sesuatu karena kita meyakini ada ganti yang lebih baik. Apalagi dalam hal pasangan hidup, Allah menjamin dan itu cukup By ‪ElVanila‬ . . Mari tag sahabat-sahabat tercinta. via Instagram http://ift.tt/1CkcA3H

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea Apa Yang Perlu Disunting Sebelum Menerbitkan Manuskrip. . 4) Tanda baca : Di mana mahu gunakan tanda noktah ( . ) , tanda koma ( , ), tanda soal ( ? ), tanda seru ( ! ), tanda sengkang ( - ), tanda pengikat kata ( " " ) dan tanda noktah bertindih ( : ).

Instagram MA


Ramai betul orang, agaknya mereka ini akan bersedih bila ramadan hampir pergi. via Instagram http://ift.tt/1HG2B9a

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#HajiDell, "Ada satu nikmat yang bila Tuhan tarik, kau buat apa pun hati jadi tak tenteram, gelisah tak menentu. Nikmat ketika bersujud."

Instagram MA


Bos belanja berbuka. Maceh. via Instagram http://ift.tt/1TdVqJ3

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Jika ada yang kata angin masih percuma, cuba pergi bazar ramadan dan beli karipap.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Sebenarnya memang susah nak menahan diri daripada melihat sisi satu lagi selain daripada keburukan yang dipamerkan di depan mata. Tapi itulah tindakan yang sewajarnya.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#HajiDell, "Dalam banyak-banyak sunah, berperang masa bulan ramadan juga yang depa ikut."

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Sebenarnya memang sudah ramai vvip yang tidak pulang ke kampung sewaktu hari raya aidilfitri. Mereka bercuti di luar negara bersama keluarga. Jadi cadangan supaya tidak pulang ke kampung pada hari raya itu menarik juga untuk dipertimbangkan. Pulang ke kampung sebulan sekali berbanding setahun sekali.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#HajiDell, "Jangan sampai di Mahsyar nanti hang kalut cari Rosmah dan Ahmad Maslan nak pi minta maaf kat depa."

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea Antara sebab buku lambat ataupun tidak dapat disiapkan ialah terlalu kerap menekan butang 'backspace'.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#HajiDell, "Bila becinta, pastikan kerana Allah bukan kerana pasangan kita itu cantik ataupun kacak. Kalau tidak jadi macam iklan yun nam tadi, rambut hilang terus girlfriend dia malu nak keluar bersama." #AbuLenovo, " Tak patut, tak patut."

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Sempat lagi nak berdoa sebelum berbuka.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea Apa Yang Perlu Disunting Sebelum Menerbitkan Manuskrip. 3) Hadis dan ayat al-Quran : Sekiranya kita ada mengambil petikan hadis ataupun ayat al-Quran, pastikan ayatnya itu tepat terjemahannya dan bukan datang daripada hadis palsu. Ini bagi mengelakkan daripada kita terjerumus ke dalam isu yang kita tidak mahu sebaik saja novel kita diterbitkan. Misalnya novel diharamkan.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Amboi, awalnya bau laksa.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#HajiDell, "Pemerintah perlu bersyukur kepada Tuhan kerana sehingga hari ini rakyat hanya mengamuk dan mengadu di media sosial saja. Mujur mereka belum turun ke jalanraya ataupun ke Putrajaya."

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Jack Ma, "Stop complaining, you can find opportunities."

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea Apa Yang Perlu Disunting Sebelum Menerbitkan Manuskrip. 2) Fakta yang dimasukkan dalam buku : Fakta ataupun info serta maklumat baru yang dimasukkan dalam novel dapat meningkatkan kualiti sesebuah karya. . Apabila penulis memasukkan fakta sains, sejarah, info dan maklumat dalam karya, buat semakan kali kedua dan dapatkan nasihat daripada pakar. . Contohnya kita masukkan info berkaitan perubatan ataupun influenza misalnya. Dapatkan maklumat tambahan daripada doktor ataupun pakar kesihatan. Ini bagi mengelakkan pembaca turut menerima maklumat yang salah.

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea Apa Yang Perlu Disunting Sebelum Menerbitkan Manuskrip. 1) Ejaan dan tanda baca : Sewaktu membuat editing pada bahagian ejaan, jika ada kesalahan ubah satu persatu. Elakkan daripada menggunakan replace all. Sekiranya ia digunakan juga, ada kemungkinan perkataan yang betul pun akan turut berubah. . Sekiranya mahu menggunakan perkataan yang pelbagai boleh pergi ke laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), http://buff.ly/1f3mOLB

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Bangkit, makan soq.

Instagram

Instagram