ARIFFUDDIN.COM

Bagaimana mahu dapatkan idea menulis?

Saya tiada idea. Bagaimana mahu dapatkan idea menulis? Perlukah saya bertapa dalam sebuah gua bagi mendapatkan idea? Di mana kamu mendapat idea untuk menulis?

Bagi buku Aisyah dan Roti Canai, saya mendapat idea bagi menulis novel itu selepas menonton rancangan Majalah Tiga. Ada satu topik mengenai seorang pelajar perempuan yang menebar roti canai bersama ibunya di gerai mereka.

Selain daripada itu, kita juga boleh dapatkan idea daripada perkara yang ada di sekeliling kita. Salah seorang guru penulisan saya Tuan Zamri Mohamad sering berpesan, 'Mulakan dengan apa yang ada pada tangan kita'. Mungkin kita boleh dapatkan idea selepas melihat gambar-gambar lama yang tersimpan dalam album di facebook.

Sebuah filem perang daripada Korea, My Way telah terhasil selepas Kang Je-gyu melihat sekeping gambar sewaktu menonton satu rancangan dokumentari. Akhirnya beliau telah menggunakan sumber idea tadi bagi mengarahkan My Way yang bermodal sebanyak 24.92 juta USD.

Sekeping gambar bersama sedikit imaginasi, kita dapat menghasilkan sebuah karya yang besar. Itu baru sahaja sekeping gambar.



------------------
Mohd Ariffuddin
Penulis novel,
kanak-kanak dan remaja
ariffuddin.mohd@gmail.com
https://www.facebook.com/dinahmad

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram