ARIFFUDDIN.COM

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Borak Kosong 1

Dalam hal sokong menyokong berkaitan parti politik, pada pandangan saya pada masa ini adalah sukar dan tidak relavan sekiranya kita menyokong warna bendera. 

Bayangkan, sekiranya kita membeli satu cokelat yang tidak mengandungi sebarang unsur babi. Tetapi, dalam kilang yang sama ada produk yang menggunakan barang berunsur babi dalam produk tersebut. Maka, tidak mustahil jika bahan yang haram itu tadi bercampur ataupun termasuk dalam cokelat yang halal.

Bebalik kepada isu sokong menyokong pula, dalam satu pilihanraya apabila ada dua ataupun sepuluh calon yang bertanding. Di malaysia sudah pasti parti pemerintah dan pembangkang akan bertanding. Calon yang seterusnya pula kebiasaannya adalah calon daripada parti bebas.

Pada zaman dahulu, parti yang mendapat majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Manakala parti yang tewas perlu menjadi pembangkang.

Selepas PRU13 yang lalu, apabila beberapa buah negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat. Kita dapat lihat ada negeri yang semakin pulih pengurusan dan pentadbiran menjadi bertambah efisyen. Itu di peringkat kerajaan.

Namun, jika kita kecilkan skop pandangan kita. Saya perhatikan ada YB yang menang ibarat hanya mengambil baton daripada YB dahulu dan pecutannya tidak bertambah. Malah ada yang malar saja larian tanpa pecutan dan ada yang semakin lama, semakin perlahan lariannya.

Pada pandangan saya, menjelang PRU14 atapun mana-mana pilihanraya kecil akan datang. Pengundi tidak perlu lagi memilih berdasarkan warna bendera parti yang bertanding. 

Sebaliknya pilih calon yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat, bukan calon yang menumpang populariti sebuah parti tetapi tidak reti berbakti kepada pengundi.

Mohd Ariffuddin.
27 Rejab 1435

Pengembara Berkaki Empat.


Semalam selepas saya bertemu rakan di KL Sentral saya ternampak lelaki ini sedang membeli tiket teksi.

Kepala saya seperti diketuk oleh senduk rasanya bila terpandang lelaki bertongkat ini mengembara.

Sebenarnya tidak ada apa yang boleh menghalang cita-cita dan perjalanan kita. Tinggal lagi hanya kita sama ada mahu bertindak ataupun memilih untuk beri alasan bertingkat-tingkat seteruskan meletakkan tembok besar bahawa cita-cita dan impian kita itu mustahil untuk diperolehi.

Panduan Memilih Kursus di IPT

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Baik hati ini saya mahu berikan turutan cadangan kepada lepasan sekolah yang mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

1. KENAL PASTI BAKAT DAN MINAT
- Bakat bukan sekadar bernyanyi dan masuk dalam rancangan realiti tv. Kebiasaannya bakat ini adalah kemahiran yang Tuhan berikan kepada setiap manusia.

2. CARI, BACA DAN KAJI
- Sebelum membuat permohonan ke IPT, buat semakan menyeluruh terlebih dahulu sehingga kita tahu latar belakang kursus yang ditawarkan. Kemudahan yang disediakan, pembiyaan, MQA, adakah kolej itu benar-benar diiktiraf dan tidak menipu,

3. DAPATKAN NASIHAT KAUNSELOR
- Buat temu janji dan sediakan soalan sebelum betemu dengan kaunselor.

4. MOHON IPT
- Semak cara permohonan melalui lawan web MOE.

5. JIKA DAPAT IPT
- Fokus belajar dan perkemaskan bakat yang sedia ada.

6. JIKA TIDAK DAPAT IPT
- Gilap bakat yang ada dan buat sehingga kita dapat menjana pendapatan melalui bakat yang tuhan kurniakan.

Sekian, selamat maju jaya.

Apa Maksud Cita-cita?

Seorang manusia yang normal perlu mempunyai cita-cita besar. Menjadi doktor dan peguam bukanlah merupakan cita-cita yang cukup besar. Ia sekadar memenuhi ruang kosong pada borang biodata ataupun borang laporan keputusan peperiksaan, report card.


Seharusnya, bakal doktor itu perlu mempunyai cita-cita mahu menghapuskan sakit berjangkit yang melanda negara miskin dan mundur disebabkan ketiadaan sumber kewangan ataupun kerana teknologi itu belum sampai ke negara tersebut.

Seorang peguam pula perlu bercita-cita menghapuskan jenayah dalam kawasan jajahannya serta berazam memastikan undang-undang Islam dapat ditegakkan.

Perlu yang dimaksudkan di atas ini bukan bermaksud peguam dan doktor perlu menurut perintah saya supaya bercita-cita seperti itu. Ia sekadar contoh.

Ingat, cita-cita bukan bermaksud pekerjaan apa yang kita mahu lakukan selepas tamat belajar.

Pada tafsiran saya cita-cita adalah perkara yang kita mahu lakukan supaya nama kita berada dalam sejarah peradaban dunia serta dapat menjadi saham yang menjana keuntungan apabila kita sudah tidak ada daya untuk bernyawa.

Pada masa mendatang, cita-cita itulah yang akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada kita.

Harapnya ia dapat memberi pulangan yang berbaloi dan setimpal, syurga.

*Cita-cita : harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)



------------------
Mohd Ariffuddin
Penulis buku kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
ariffuddin.mohd[@]gmail.com
019-719 1946


Instagram

Instagram