ARIFFUDDIN.COM

Bagaimana Menukar Blog Menjadi Buku?

Selepas kira-kira 15 tahun menulis blog, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil telah menerbitkan kira-kira lapan buah buku daripada artikel-artikel yang dicatatkan di dalam blog beliau. 


Dalam pembentangkan kertas kerja daripada blog menjadi buku anjuran Kota Buku di Pesta Buku Antarabangsa 2012 lalu. Sekiranya beliau berhenti daripada menulis blog pada waktu itu, blog SaifulIslam.Com masih dapat menerbitkan kira-kira tiga buah buku daripada artikel yang telah disiarkan.


Berikut adalah tip persediaan bagi menerbitkan buku daripada blog :

  1. Gunakan bahasa yang lengkap bagi memudahkan kerja suntingan.
  2. Luangkan masa bagi menulis blog secara konsisten.
  3. Tetapkan beberapa topik yang dapat menjadi fokus dalam penulisan.
  4. Sediakan satu fail bagi mengumpulkan setiap artikel yang sudah dimuat naik dalam blog. (Untuk keselamatan, daftar di dropbox bagi mengelakkan kita kehilangan fail penulisan apabila komputer diserang virus.)
  5. Hadir ke bengkel penulisan Daripada Blog Menjadi Buku yang dikendalikan oleh guru penulisan buku non-fiksyen Malaysia.

Terdapat editor daripada syarikat penerbitan mencari bakal penulis novel melalui karya yang disiarkan di dalam blog. Blog yang mempunyai bahasa yang kemas dapat memudahkan kerja editor dan mempunyai peluang besar untuk diterbitkan menjadi buku.

Blog kerongsang, jahitan dan blog penternakan kambing juga dapat ditukar menjadi buku bercetak ataupun ebook.




------------------
Mohd Ariffuddin
Penulis novel kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
ariffuddin.mohd@gmail.com
https://www.facebook.com/dinahmad

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram