Dalam hal sokong menyokong berkaitan parti politik, pada pandangan saya pada masa ini adalah sukar dan tidak relavan sekiranya kita menyokong warna bendera.
Bayangkan, sekiranya kita membeli satu cokelat yang tidak mengandungi sebarang unsur babi. Tetapi, dalam kilang yang sama ada produk yang menggunakan barang berunsur babi dalam produk tersebut. Maka, tidak mustahil jika bahan yang haram itu tadi bercampur ataupun termasuk dalam cokelat yang halal.
Bebalik kepada isu sokong menyokong pula, dalam satu pilihanraya apabila ada dua ataupun sepuluh calon yang bertanding. Di malaysia sudah pasti parti pemerintah dan pembangkang akan bertanding. Calon yang seterusnya pula kebiasaannya adalah calon daripada parti bebas.
Pada zaman dahulu, parti yang mendapat majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Manakala parti yang tewas perlu menjadi pembangkang.
Selepas PRU13 yang lalu, apabila beberapa buah negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat. Kita dapat lihat ada negeri yang semakin pulih pengurusan dan pentadbiran menjadi bertambah efisyen. Itu di peringkat kerajaan.
Namun, jika kita kecilkan skop pandangan kita. Saya perhatikan ada YB yang menang ibarat hanya mengambil baton daripada YB dahulu dan pecutannya tidak bertambah. Malah ada yang malar saja larian tanpa pecutan dan ada yang semakin lama, semakin perlahan lariannya.
Pada pandangan saya, menjelang PRU14 atapun mana-mana pilihanraya kecil akan datang. Pengundi tidak perlu lagi memilih berdasarkan warna bendera parti yang bertanding.
Sebaliknya pilih calon yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat, bukan calon yang menumpang populariti sebuah parti tetapi tidak reti berbakti kepada pengundi.
Mohd Ariffuddin.
27 Rejab 1435
No comments:
Post a Comment