ARIFFUDDIN.COM

Satu hari di group whatsapp

Di whatsapp sebentar tadi ada kawan kongsikan hasil seni seorang pejuang kebebasan bersuara. 

Antara produknya ialah gambar belakang pembesar negara. Selain itu ada juga keris yang layu seperti pokok tidak mendapat air. 

Ada yang marah, nak pertahankan melayu. Saya tertanya-tanya apa lagi yang mahu dipertahankan? Setahu saya kita hanya tinggal Kererapi Tanah Melayu. 

Sebenarnya apa yang perlu dilakukan adalah buktikan keris itu tidak layu. Mampu menikam kemas bila dijemput keluar dari sarungnya. 

Buktikan Melayu itu dapat menguasai dan mendepani bangsa lain dalam bidang ekonomi. Buktikan Melayu boleh berdiri tinggi di Institut Pengajian Tinggi. 

Buktikan Melayu itu ada usaha untuk bersama Rasulullah di dalam syurga. Buktikan dengan usaha dan tindakan. Buktikan semua itu salah dengan kejayaan dan hasil. 

Jangan buktikan dengan menunjukkan emosi yang tidak mendatangkan hasil. Mungkin berhasil jika kita membuktikan dengan emosi, tetapi adakah Melayu itu akan menjadi lebih maju? 

Cikgu saya sering berpesan, "Membuktikan kayu orang bengkok, tidak bermakna kayu kita lurus."

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram