ARIFFUDDIN.COM

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea #SekolahPenulisan 6 Jenis Kos Yang Terlibat Bagi Menerbitkan Buku : Kos Layout dan Editing Layout buku berbeza dengan layout ebook. Sekiranya kita menulis dan menerbitkan manuskrip dalam bentuk ebook. Penulis tidak perlu bimbang tentang ukuran dan kedudukan perkataan. . Namun, untuk buku bercetak, susunan layout dan saiz huruf sangat penting. Ini kerana, susun atur kedudukan ayat dalam buku bercetak tidak boleh diubah sebaik saja buku siap dicetak. Disebabkan itu, penulis perlu pastikan saiz huruf, ejaan, tanda baca, huruf kecil huruf besar, kata nama khas dan lain-lain betul sebelum buku dicetak. . Sekiranya kita menulis buku kanak-kanak, maka saiz perkataan perlulah bersesuaian dengan pandangan mata kanak-kanak. Begitu juga dengan umur pembaca dewasa dan remaja. . Sekiranya mampu, bayar kepada editor yang boleh membuat susun atur kedudukan ayat. Jika tidak boleh juga buat sendiri, gunakan apa saja sumber yang ada di rumah.

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram