ARIFFUDDIN.COM

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea #SenangTerbit #SekolahPenulisan Berapa unit mahu cetak jika mahu terbit buku sendiri? 1. Dapatkan pre order agar kita dapat jangka berapa jumlah yang boleh dicetak. Ia berfungsi membantu penulis mengawal dan mengurus bajet mencetak buku. Walaupun penulis sendiri yang mengeluarkan bajet, namun apabila mencetak buku sendiri penulis harus berfikir sebagai usahawan dan juga penulis. 2. Cetak mengikut pesanan yang diterima saja. Jika penulis tidak kenal lagi mana-mana pengedar buku, penulis boleh gunakan kaedah ini. Selain itu, penulis juga boleh memastikan buku yang dicetak sentiasa berada dalam kualiti yang baik. Ini kerana sebaik saja buku dicetak, ia dihantar kepada pembaca dan tidak ada buku yang perlu disimpan di rumah. Ia boleh mengurangkan risiko buku rosak contohnya disebabkan oleh bencana alam. 3. Cetak 100 unit saja dulu jika mahu mencuba kebolehpasaran buku itu. Cetak 100 dan cuba jual. Apabila laku dan habis terjual boleh ulang cetak 500, 1000, 20,000 unit pula.

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram