Status Facebook Mohd Ariffuddin
#TerbitIdea #SenangTerbit #SekolahPenulisan ====== Bagaimana mahu bermula terbit buku? 1. Baca buku. Ada penulis mencadangkan supaya kita baca tiga buku terlebih dahulu sebelum mula menulis. Ada penulis lain pula berkata sebuah buku yang dibaca dapat menghasilkan empat buah buku baru. Jadi, langkah pertama adalah baca buku. . 2. Berguru. Ada ramai guru penulisan yang menganjurkan bengkel penulisan. Belajar dan hadir ke bengkel yang mereka anjurkan. Belajar daripada guru yang betul dapat menjimatkan masa penulis disamping dapat tahu langkah-langkah betul yang perlu diambil. . 3. Pilih kategori. Jika mahu menulis novel, berapa umur pembaca sasaran. Menulis novel kanak-kanak, awal remaja, akhir remaja ataupun novel berat. . 4. Mula menulis. Penulis boleh mulakan tugas menulis dan hantar manuskrip yang sudah siap kepada penerbit. Manuskrip yang ditolak bukan bermakna tulisan itu tidak bagus. Boleh jadi penerbit tidak masuk pasaran buku yang kita sudah tulis ataupun penulis tidak dapat meyakinkan penerbit bahawa buku itu boleh dijual. Salah satu solusi yang ada, hubungi Senang Terbit bagi mengurusan proses penerbitan secara self-publish.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment