Status Facebook Mohd Ariffuddin
#TerbitIdea #SenangTerbit #SekolahPenulisan Ulang cetak atau terbit judul baru? 1. Ulang cetak selepas buku habis dijual dan sudah ada tunai pada tangan. Bukan ulang cetak kerana buku sudah habis diambil secara hutang oleh kedai buku. Ini kerana jika kedai buku ambil buku kita secara consignment sebanyak 3000 unit, buku itu akan ada dua kemungkinan. Pertama semua buku habis dijual. Kedua sebahagian buku akan dipulangkan semula kepada kita. . 2. Dicadangkan supaya sebaik saja buku pertama sudah diterbitkan, penulis boleh siapkan pula buku kedua. Supaya apabila penulis mahu ulang cetak buku pertama, buku kedua sudah boleh diterbitkan. . 3. Sama ada mahu ulang cetak ataupun cetak judul baru penulis harus membuat pengiraan kos sebaik-baiknya. Apabila buku pertama dibuat kira-kira kos dan meletakkan harga dengan betul, insya-Allah kos cetakan buku kedua dapat ditampung menggunakan hasil jualan buku pertama. . Mark Zuckerberg, "The biggest risk is not taking any risk. In a world that changing really quickly, the only strategy that is guaranteed to fail is not taking risks."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment