ARIFFUDDIN.COM

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#TerbitIdea #SenangTerbit #SekolahPenulisan Mencetak Buku . Dengan menggunakan khidmat print on demand (POD), penulis tidak perlu mencetak sehingga ribuan unit dan menyewa stor untuk menyimpan buku. Cetak mengikut permintaan dan keperluan.. . Misalnya, jika setiap bulan penulis menganjurkan bengkel ataupun seminar yang mempunyai peserta sebanyak 300 orang. Penulis dicadangkan supaya masukkan kos jualan buku dalam setiap yuran peserta, maka dengan cara itu setiap bulan 300 buah buku dapat dijual pada setiap bulan. Cetak hanya apabila ada bengkel ataupun seminar. . Sekiranya mahu menggunakan khidmat pengedar buku, kebiasaanya mereka memerlukan tempahan daripada kedai buku terlebih dahulu. . *Penting : Pastikan Tuan ada kemahiran mengutip hutang terlebih dahulu sebelum berikan hutang kepada kedai buku.

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram