Status Facebook Mohd Ariffuddin
#TerbitIdea #SenangTerbit #SekolahPenulisan Cetak 1 judul ataupun 3 judul untuk cetakan pertama? . 1. Boleh cetak 1 judul saja dan kongsikan juga dua buku lagi yang akan terbit dalam masa terdekat. Kongsikan dalam bentuk gambar cover buku ataupun boleh buat borang tempahan awal di google form. . 2. Boleh cetak 3 judul serentak dan jual secara berpakej bersama diskaun. Selain dapat jual 3 judul, kos penghantaran juga dapat dijimatkan. Namun, jangan anggap ini adalah satu arahan dan paksaan hingga perlu tunggu setahun bagi menerbitkan buku pertama yang sudah siap. Puncanya mahu menantikan buku ketiga yang tersangkut di pertengahan manuskrip. . 3. Jika mahu jual di kedai buku digalakkan supaya penulis sudah ada lebih daripada 3 buku dalam kategori yang sama supaya buku itu dapat disusun bersebelahan pada rak buku. . 4. Apabila terbit satu judul saja, buku itu berkemungkinan akan bersepah di rak kedai buku. Lebih tragis jika buku yang kita terbitkan itu berada dalam kategori yang berbeza. Misalnya, buku pertama novel remaja, buku kedua Langkah-Langkah Terbang Ke ISS buku ketiga pula buku Resepi Kimchi. . *Sebaiknya rancang perjalanan buku sebelum mula menulis dan menerbitkan buku supaya dapat bantu ejen jualan buku untuk promosi buku kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment