ARIFFUDDIN.COM

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Tajuk : Aku, Kau dan Pop Corn. ***** Ku Cinta, "Mak kau hijau!" Ku Sayang, "Mak kau pink!" Ki Pen Merah, "Eh, ada gaduh! jom tengok" Ki Viral, "Banyak betul bergaduh sekarang, nasib baik aku dah beli memori kad baru 1 tera. Ada gaduh hari-hari pun tak ada hal." . Sebaik saja mendengar ada pergaduhan, umat manusia berpusu-pusu menuju ke lokasi kejadian. Termasuklah dua orang muda Shu Jia dan Mat Ali yang tidak kenal antara satu sama lain. Mereka berudua bergegas menuju ke Stadium Nasional Bukit Tenang dari haluan yang berbeza. Setibanya di sana, Mat Ali mengambil tempat pada kerusi bahagian tengah. . Shu Jia pula tidak berpeluang untuk duduk menyaksikan pergaduhan itu. Ada tugas lain yang dia perlu selesaikan untuk ummah. "Pop corn! Pop corn! Air! Air! Pop corn! Pop corn! Air! Air!" . Mat Ali kebetulan dahaga selepas penat berlari sebentar tadi memanggil Shu Jia, "Amoi Cantik! Bagi air satu, pop corn satu." . Shu Jia menghampiri Mat Ali, dia kemudiannya mengeluarkan pop corn dan air mineral terakhir dari beg sandang lalu diserahkan kepada Mat Ali. "Semua sekali lima ringgit." . Mat Ali mengeluarkan sekeping kertas berwarna hijau lalu diserahkan kepada Shu Jia. "Awak baru berniaga di sini ke? Selalu saya datang tengok orang bertumbuk tak pernah nampak pun amoi secomel kamu ada di sini." . Amoi cantik itu duduk kerusi kosong di sebelah Mat Ali melihat dua orang budak berbertumbuk lidah, "Dulu saya memang tak pernah datang ke sini. Tapi bila lihat orang penat berlari, pasti mereka dahaga. Jadi saya cuba bantu orang ramai saja dengan jual air mineral dan pop corn." . Mat Ali menghulurkan pop corn kepada Shu Jia, "Banyak ke dapat hasil jualan pop corn dan air mineral ni?" . Shu Jia mengambil segenggam pop corn dan menyuap ke mulut sambil menjawab pertanyaan Mat Ali, "Sekarang banyak juga orang bergaduh, jadi adalah untung sedikit. Seminggu sekali bolehlah buat beli 4 gram emas." ***** Haji Dell, "Aku nikahkan kau dengan Shu Jia bapanya telah berwakil walikan kepada aku dengan mas kahwinnya satu dinar emas." . Mat Ali, "Aku terima nikahnya Shu Jia dengan mas kahwinnya satu dinar...." ***** Ku Cinta, "3310 ini tak ori!" Ku Sayang, "Memanglah!" . Kini Shu Jia tidak lagi sendirian berjualan di Stadium Nasional Bukit Tenang, . Mat Ali, "Pop Corn! Pop corn! . Shu Jia, "Air! Air!" . Selepas jualan habis, mereka berdua duduk di satu ruang yang masih kosong dalam Stadium Nasional Bukit Tenang menyaksikan dua pihak sedang bertumbuk. Stadium yang kerap menjadi vanue utama apabila ada pergaduhan. . Su Jia menghulurkan air mineral kepada suaminya, "Bulan depan kita mahu pergi ke mana?" . Mat Ali, "Singapura, Bali, Jepun, Korea semuanya sudah. Apa kata kali ini kita pergi jelajah Europe pula?" . Shu Jia, "Jauhnya, habis siapa yang akan jual pop corn di sini nanti bila ada orang bertumbuk?" . Selepas meneguk air mineral, Mat Ali menghulurkan pop corn perisa madu kepada Shu Jia, "Jangan bimbang, nanti abang cari ejen jualan." . Shu Jia, "Yeay!" *****

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram