ARIFFUDDIN.COM

Status Facebook Mohd Ariffuddin

Tadi petang selepas hantar buku yang dicetak Senang Terbit kepada pelanggan yang ada seminar esok, singgah sebentar di lori jual cendol tepi jalan. Berborak dalam jerebu punya la susah sampai nak cari cendol dalam mangkuk pun tak jumpa. Sudahnya hirup saja santan dan kacang merah sampai habis. . Bila berborak dengan partner baru perasan, rupa-rupanya selama ini salah satu punca utama kenapa ada projek yang tidak jalan seperti dirancang adalah kerana tidak fokus. . Dalam satu forum, seorang lelaki yang diarahkan oleh PM untuk strukturkan semula hutang syarikat muflis berjumlah berbilion ringgit ada berkongsi cerita. Antara punca syarikat muflis pada krisis 1998 adalah kerana pemiliknya tidak fokus menjalankan perniagaan. Nak buat macam-macam. . Macam solatlah, kalau kita sujud, rukuk tunggang terbalik tanpa khusyuk, kita mungkin kurang rasa kesan solat itu dalam kehidupan sebenar.

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram