Dulu-dulu, ada satu ceramah menyentuh topik perarakan Maulid Nabi. Orang yang mula-mula menganjurkan perarakan ini adalah seorang ketua negara yang juga pahlawan perang pada zaman dahulu. . Pada masa itu sambutan kelahiran Nabi dibuat secara besar-besaran diseluruh negara. Selawat pula dilaungkan dengan sepenuh hati sehingga bergema di seluruh pelusuk negeri berkenaan walaupun tidak mempunyai pembesar suara. . Musuh-musuh Islam pada masa itu menjadi gerun melihat sikap umat yang berpadu jiwa menunjukkan kecintaan kepada Rasul terakhir itu walaupun jasadnya sudah tiada. Itu saja isi ceramah yang saya ingat, selepas ceramah itu ada makan-makan. via Instagram http://ift.tt/1NDGSAo
No comments:
Post a Comment