Status Facebook Mohd Ariffuddin
Semalam ada terbaca luahan hati seorang budak yang pelik kenapa orang ramai marahkan GST. Dia bandingkan situasi orang ramai dengan abahnya yang mampu bayar beberapa buah motosikal dan kereta. . Kemudian terbaca pula tentang perkongsian ada penoreh getah risau tidak dapat beli kelengkapan persekolahan anak-anak yang bakal bermula beberapa minggu lagi. Katanya sekarang getah murah serta hasilnya berkurangan kerana musim hujan. . Pagi tadi terdengar tip daripada pelajar IPT yang simpan duit RM1000 setiap semester supaya dia dapat berkahwin selepas tamat belajar. . Al-Talaq, 2- 3. "....sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah mencukupkannya (menolong dan menyelamatkannya)...."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment