ARIFFUDDIN.COM

Status Facebook Mohd Ariffuddin

#SelfPublish101 Editing untuk penulis terbit buku sendiri. 1. Barangkali saya tidak perlu jelaskan apa itu editing dan mengapa perlu membuat editing. Dalam Cik Rahmah pasti sudah jelaskan dan ada diterangkan dalam ebooknya. Cuma, saya akan sentuh sedikit beberapa kepentingan editing. . 2. Manuskrip perlu diedit supaya karya kita yang dijual itu berbaloi untuk dibeli. Berbaloi ini saya umpamakan seperti ini, seorang pembaca bekerja pagi hingga petang untuk dapatkan gaji dan kemudiannya mereka membeli karya kita. Selepas dibaca, didapati ada banyak kesalahan ejaan, tanda baca dan juga tatabahasa di dalamnya. Boleh jadi mereka akan terkilan dan mungkin menyesal mengeluarkan sebahagian duit gaji mereka membeli karya kita. . 3. Ada 3 cara penyelesaian untuk editing manuskrip ini. Pertama, edit sendiri. Semak ejaan karya kita menggunakan laman web PRPM. Risikonya, kita tidak akan nampak kesalahan yang dilakukan sendiri walaupun ketika kita sedang membacanya dengan teliti. Tidak percaya? Cuba baca artikel-artikel saya yang ini dan sebelum ini, pasti ada kesalahan ejaan walaupun saya sendiri sudah semak berkali-kali. . 4. Kedua, upah kawan, adik dan juga mereka yang boleh membaca dan mengeja dengan baik. Cetak manuskrip dan berikan hilighter dan minta mereka tandakan kesalahan itu dan catatkan muka surat untuk kita buat tindakan selanjutnya. . 5. Keempat, upah editor profesional. Hanya perlu sediakan duit dan bayar untuk mereka semak dan betulkan karya kita. Kosnya bermula daripada RM3.00 per muka surat dan boleh sampai ke RM5.00 per muka surat, bergantung kepada bahasa, dan juga jenis manuskrip. Jika manuskrip ada banyak perkataan teknikal, hadis, ayat Quran dan sebagainya kosnya lebih tinggi. . 6. Mari kita buat kira-kira ringkas. Misalnya Tuan-tuan menulis sebuah novel yang berjumlah 200 muka surat. - 200 muka surat x RM3.00 = RM600 Editing tidak termasuk dengan layout. . 7. Jadi saya agak terkejut apabila Cik Rahmah mahu berikan secara percuma untuk editing karya Tuan-Tuan. Sekiranya Cik Rahmah buka lagi peluang itu lagi, mohon Tuan-tuan gunakan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram