Kepada Tuhan Kita Berserah. . Sebagai penulis, memang kita kerap dinasihatkan jangan buat penerbit marah dan bencikan kita. Takut-takut nanti buku tidak diterbitkan atau disenaraihitamkan oleh syarikat. . Namun, dalam masa yang sama janganlah pula disebabkan takut rezeki disekat kita jadi tidak berani mengutarakan cadangan dan pandangan lalu jadi buta tiba-tiba apabila nampak ada kemungkaran di depan mata. . Sekali gus terlupa bahawa semua rezeki yang ada di muka bumi ini dikurniakan oleh Tuhan. Tuhan saja yang ada kuasa memberi dan menyekat rezeki. . Seorang guru penulisan yang karyanya kerap terjual dan dilesenkan di luar negara pernah berpesan, "Orang yang ada bakat, tidak boleh miskin!" via Instagram http://ift.tt/1qKudnK
No comments:
Post a Comment