ARIFFUDDIN.COM

Instagram MA


Drive malam-malam kemudian masuk Johor jumpa dua bulatan ada mahkota Sultan Johor. Sebelum tu jumpa banyak kali stesen minyak petron. Risau juga takut pusing tempat sama banyak kali. Selepas saja bulatan tadi mula lalu jalan gelap. Masuk felda apa nama tak tau. Punya jauh perjalanan rasa macam nak patah balik. Mujur ada geng lori dua tiga biji. Redah hutan tengah malam ngam sampai masjid Endau Rompin ni sebelum subuh. Solat kejap kemudian rengangkan badan tidur dalam kereta. Sampailah kena kejut dengan orang masjid yang sedang sapu sampah dan bunyi burung. Dalam gambar ini kalau perhati betul-betul ada burung. Rasanya ini burung kenyalang macam di Sarawak tu. Kuat betul bunyi. Banyak pula bertenggek atas pagar masjid. Sekian. via Instagram http://ift.tt/2ePv2Z2

No comments:

Post a Comment

Instagram

Instagram