Bagaimana cara bersyukur? via Instagram http://ift.tt/1VmY3wH
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Ada orang kayuh basikal, walaupun mampu beli kereta. Dia bahagia. Ada orang pandu kancil, walaupun dia mampu beli Camry. Geran dia pegang. Ada orang pandu Audi Q3, dia pecahkan cermin. Sebab kereta itu kecil, buatnya. . Bahagia ada pada syukur.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Orang kita bila sudah dikenali dalam satu bidang, mereka akan mula diiktiraf masyarakat sebagai pakar bidang dengan gelaran pada nama. Itulah pentingnya fokus. . Man Ayam : Kerjanya jual ayam untuk makan. Haron Lembu : Kerjanya sembelih, melapah, jual daging lembu. Chicken Wiring : Kerjanya buat pendawaian elektrik. Amirul Travel : Kemahirannya pada bidang pelancongan. Faiz Astro : Kerjanya pasang astro. Apiz Roadtax : Perniagaannya perbaharui cukai jalan dan hal berkaitan insuran. Mutu Susu : Kerjanya hantar susu setiap pagi. Imam Rais : Tugasnya berkaitan hal-hal agama, nikah, hidup, mati masyarakat.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Sebuah kapal hanya boleh pergi ke satu tempat saja dalam satu masa. Tetapi jika kita memiliki dua kapal, ia boleh mewakili kita menjelajah ke dua tempat yang berbeza dalam masa yang sama. . Begitu juga penulis, jika sudah terbitkan ebook, usahakan juga untuk terbit buku. Helang yang ada sepasang sayap dapat pergi lebih jauh.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
*A. Mizan Silai. “Kita lahir sama, yang membezakan adalah azam kita. Tetapi sejauh mana komitmen kita untuk berjaya dan menjadi contoh kepada generasi baru mengecapi perkara yang baik dalam hidup mereka," . *Ikon Masyarakat Orang Asal yang pernah menjuarai kejohanan Golf Champion of Champion (Melaka).
Instagram MA
Saya fikir salah satu cara nak jadikan masyarakat dan negara menjadi lebih maju adalah dengan mengubah soalan kepada orang muda. . Berhenti daripada bertanya soalan-soalan seperti : . Apa yang best bila pergi sekolah? Sudah besar nak kerja apa? Bila nak kahwin? Bila nak beranak? Bila nak beli kereta? . Gantikan dengan soalan yang boleh mendatangkan hasil baik kepada masyarakat. via Instagram http://ift.tt/1MB198M
Instagram MA
Itu hari ada pergi seminar bisnes internet di MATRADE. Tuan Faisal Abdullah cerita, "Dalam perniagaan ada 3 fasa. Pertama fasa sesat, kedua fasa stabil dan ketiga fasa superb." . Alhamdulillah, sudah keluar daripada fasa sesat. Insya-Allah. Next! via Instagram http://ift.tt/1WsTCgT
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Sebenarnya tidak ada yang membuat permohonan untuk dilahirkan sebagai Melayu, Arab, Cina, Nepal, Yahudi, miskin, ataupun kaya.
Instagram MA
Solat itu berperanan melatih kita jadi lebih berdisiplin. #Repost @haremeyn with @repostapp via Instagram http://ift.tt/1iCRzYW
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Banyak juga Pokemon sumbangkan kepada pendapatan Jepun, berbilion Yen.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Ustaz ada pesan, jangan panggil orang pelacur ataupun penzina melainkan kita nampak dia berbuat zina ataupun dia sudah terbukti bersalah oleh mahkamah melakukan zina.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Indeks Pencemaran Udara sehingga jam 10 pagi tadi. Petaling Jaya : 226 Shah Alam : 279 Pelabuhan Klang : 255 . Jusuf Kalla, "Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan. Adakah mereka berterima kasih?" . Untuk rekod pada awal tahun ini pemerintah Indonesia dengan bangganya meletupkan beberapa buah bot nelayan Malaysia sebagai pengajaran kepada pihak yang menceroboh sempadan perairan mereka. .
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Jika masa itu emas, pastikan kita tidak benarkan orang lain mencuri emas itu sesuka hati.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Korbankan masa beberapa minit untuk dapatkan pengesahan satu berita, cakap-cakap atau gosip yang diterima. Kalau tangan menggigil hendak kongsikan juga, cepat-cepat minum air ataupun makan buah-buahan. . Elok-elok dapat makan daging korban, nanti termakan bangkai daging saudara sendiri pula.
Instagram MA
Pernah cuba dan terpengaruh dengan poster ini. Kesannya bagus sekali. Ha ha ha. Nak tahu, tanya. Tak rugi apa-apa. Malah menjimatkan masa kita. via Instagram http://ift.tt/1ixPiOy
Status Facebook Mohd Ariffuddin
"Tomorrow is for the young people, young people got to think about their future. ... dying dinasour is not important anymore."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Terbaca komen ini, "Daripada kita merungut lebih baik kita mencuba."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Seringkali setiap kali mengambil wuduk, ada satu orang alim wajahnya selalu bertukar menjadi pucat. Satu hari ada orang datang menghampirinya, "Mengapa wajah Tuan selalu jadi pucat selepas mengambil wuduk untuk solat." . Orang alim itu berkata, "Bagaimana wajahku tidak menjadi pucat, sedangkan sebentar lagi aku akan berdepan dengan Tuhan yang mencipta diri ini."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#HajiDell, "Keris jarang berjalan sendiri, biasanya ia keluar rumah apabila dijemput."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Buat jam disangka bom lalu ditangkap polis. Sekarang bakatnya ditagih dan diraikan syarikat-syarikat besar. . Menjadi pelarian, kerana negaranya tidak aman, tiba di darat dia ditendang wartawan lalu terjatuh bersama anak yang didukung. Kemudian dia diraikan oleh pemain bola multi jutawan. . Siapa pun yang pernah jatuh, insya-Allah boleh bangkit semula.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
boleh jadi imam boleh baca doa selepas solat boleh solat jenazah boleh buat tahlil boleh baca doa tahlil
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Sebaik-baiknya, sebelum masuk ke dalam rumah, pejabat, syarikat, hotel, masjid, kumpulan, atau apa saja organisasi. Pastikan kita tahu di mana letaknya jalan keluar apabila berlaku kecemasan. . Khatam dulu ilmu sebelum pergi berguru scammer dan penipu bukan benda baru. Hanya terasa baru jika tiada ilmu.
Instagram MA
Sibuk-sibuk bergaduh, esok-esok ketupat pun kita import. via Instagram http://ift.tt/1KrJnkv
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Sebelum azan tadi, khatib bagi tazkirah dulu, "Satu bangsa tidak akan jadi mulia apabila meninggalkan Quran dan sunnah."
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Kalau betul dia tak betul, dia masih jumpa jalan yang betul ke masjid.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Kalau malaikat tanya dalam kubur nanti, "Hang bangsa apa? Hang parti mana? Baju kaler apa?" . Berbaloi la juga kita berjuang bermati-matian. Yang duduk di atas sama-sama minum semeja siap boleh ketawa. Yang di bawah punya kempen macam esok pilihanraya.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Kalau nak ikutkan tak perlu sampai ke Texas, di Malaysia saja ada ramai mat rempit yang kreatif dan berkemahiran tinggi. Tapi bakat mereka di sekat oleh roadblock.
Instagram MA
Berhentilah mengejar cahaya bulan, ia hanya bersinar selagi masih ada mentari. Raikan berlian di depan mata, kerana sudah ia ditakdirkan untuk kita. Tanpa cahaya, ia kekal jelita. via Instagram http://ift.tt/1Me3nLj
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Apalah sangat penantian selama 2 tahun untuk menerbitkan buku kerana Raimundo Arrunda Sobrinho menunggu sehingga 35 tahun untuk puisi dan cerpennya dibaca. Kalau tak tahan juga nak terbit buku tahun ini, boleh pergi www.SenangTerbit.com.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Ahmed, "Don't let people change who you are." #HajiDell, "Jika di Malaysia remaja berumur 14 tahun buat apa?"
Instagram MA
#Repost @blogovate with @repostapp ・・・ Where would you like to wake up everyday? Do you have the choice to do so? If not, why not? The greatest gift of life is freedom. The greatest journey you will go on is the one that takes you there. Change where you want to wake up in the morning. 🌎 _______________________________________________________ via Instagram http://ift.tt/1KSwuq7
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Jadi bila Melayu berhimpun siapa tepuk tangan? Berapa billion peniaga di Kuala Lumpur rugi? Berapa tan pula sampah pembungkus nasi terhasil?
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Sebenarnya apabila sudah nekad untuk cinta dan setia, pada waktu itu kita sudah mengukir pintu keluar. Bila pintu itu akan digunakan tidak ada yang tahu, bagaimana kita akan melepasinya tidak ada yang tahu. Namun kita tetap akan melaluinya. . Itu sebab saya jadi tak faham dengan lagu 'Takut kehilanganmu'. Kerana bila tiba waktunya, ia tetap akan berlaku.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Masjid kosong macam tu juga, penuh pun masa berhimpun solat jumaat dan solat hari raya.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Sepatutnya bagi memberikan amaran bencana, kerajaan memerintah perlu bekomplot dengan pihak telco bagi menyebarkan kenyataan rasmi supaya maklumat sampai terus kepada rakyat.
Instagram MA
Sekali jadi kita panggil takdir. Tapi bila setiap tahun benda sama berlaku itu bukan takdir lagi. Itu kita panggil.... via Instagram http://ift.tt/1Lc7MQe
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Bukan calang-calang orang bila mereka sedar bahawa ujian yang menimpa dirinya itu juga adalah rezeki.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Brown University, kos yang dikeluarkan US untuk perang di Iraq adalah sebanyak USD2,200,000,000,000.00 duit pembayar cukai. Kemudian tadi terbaca ada orang share jumlah emas yang dicuri US dari Iraq ketika perang berjumlah USD20,000,000,000,000.00. . Melabur USD2.2trillion untuk bunuh 190,000 orang rakyat Iraq, dapat untung USD20trilion.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Tadi petang selepas hantar buku yang dicetak Senang Terbit kepada pelanggan yang ada seminar esok, singgah sebentar di lori jual cendol tepi jalan. Berborak dalam jerebu punya la susah sampai nak cari cendol dalam mangkuk pun tak jumpa. Sudahnya hirup saja santan dan kacang merah sampai habis. . Bila berborak dengan partner baru perasan, rupa-rupanya selama ini salah satu punca utama kenapa ada projek yang tidak jalan seperti dirancang adalah kerana tidak fokus. . Dalam satu forum, seorang lelaki yang diarahkan oleh PM untuk strukturkan semula hutang syarikat muflis berjumlah berbilion ringgit ada berkongsi cerita. Antara punca syarikat muflis pada krisis 1998 adalah kerana pemiliknya tidak fokus menjalankan perniagaan. Nak buat macam-macam. . Macam solatlah, kalau kita sujud, rukuk tunggang terbalik tanpa khusyuk, kita mungkin kurang rasa kesan solat itu dalam kehidupan sebenar.
Instagram MA
Power ustaz ni, 10 kali tunaikan haji sambil uruskan jemaah Malaysia. via Instagram http://ift.tt/1UGWE3T
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Terbakar kampung nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu. Namun, di Kuala Lumpur ini asapnya nampak, apinya di mana?
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Jika berada di stesen LRT, jangan hulur tangan untuk hentikan tren. Bahaya.
Instagram MA
Rom tidak dibina dalam satu hari. KLCC tidak dibina dalam satu hari. Hang Tuah tidak pandai bersilat dalam satu hari. . via Instagram http://ift.tt/1KG7Etp
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Saya tak tahu apa pun tentang kes bakar membakar di stadium itu. Tapi nampak seperti mirip dengan kes Mohamed Bouazizi. Cuma di stadium mereka tidak bakar badan. . Manusia bila ditahan-tahan, ditekan-tekan, mereka akan melawan. Boleh jadi itu baru permulaan, selepas ini mungkin akan ada lagi kebakaran. Kebakaran untuk kebangkitan.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Cinta Ilmu | Purata masa yang diambil untuk solat 5 waktu sehari semalam dalam tempoh sebulan adalah 952 minit. *Setiap sebulan manusia ada masa sebanyak 43,200 minit.
Instagram MA
Kah kah kah. Bab komplen tu kadang-kadang panas telinga juga dengar. via Instagram http://ift.tt/1LjiyQn
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Di Seoul, pada waktu pagi ada ramai orang tua menggunakan tren dan mereka nampak kuat dan sihat seperti tidak ada penyakit. . Di Malaysia pula kita ada orang tua yang kuat dan hebat kerana dari 1998 hingga hari ini, bermula celik mata hingga tenggelam matahari kemudian membawa ke Isyak mereka bertikam lidah tentang hal siasah. Pulang ke rumah telan ubat cucuk insulin. . Sementara para MP bendera pelbagai warna sama-sama melepak minum teh tarik, ketawa dan hisap curut di sebelah Dewan Rakyat. Lebih menarik mereka terima elaun.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Sebuah negara tidak akan sukses dalam apa bidang langsung selagi penguasanya sibuk menguruskan harta negara untuk kesenangan para kerabatnya.
Instagram MA
Penghalang utama kejayaan, ada dalam diri yang selesa. via Instagram http://ift.tt/1UzAQXH
Instagram MA
Gelap, kelam, tidak pasti, hujan atau debu. Yang pasti, mereka jujur, bukan bermain hati. Ada bau, nampak warnanya, tidak seperti manusia, sentiasa berahsia, tertanya-tanya, lalu terluka, tiada. #HajiDell via Instagram http://ift.tt/1XE2IJl
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Bukan main lagi radio pagi-pagi sudah lagi siar lagu 'Dil To Pagal Hai'.
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Dulu ustaz ada pesan bila hantar jemaah haji jangan menangis. Bimbang hati mereka tidak fokus ketika menunaikan haji kerana memikirkan masalah di kampung halaman.
Instagram MA
#Repost @millionaire_advisor with @repostapp ・・・ If you don't step out of your comfort zone, you'll never expose yourself to new experiences and teach yourself new lessons. via Instagram http://ift.tt/1EMZcGc
Instagram MA
Semalam punya nasi minyak. Barakalallahulakumawabarakaaalaih Adam dan isteri. via Instagram http://ift.tt/1JXM0dM
Instagram MA
BH Ahad | Nampaknya kuning adalah warna negara yang bersih daripada rasuah. via Instagram http://ift.tt/1UuqdFG
Status Facebook Mohd Ariffuddin
#HajiDell, "Ada dua cara menggunakan jambatan di lebuhraya dan dalam kebanyakkan masa kita boleh gunakan satu cara saja. Sama ada menghubungkan dua lokasi yang terpisah ataupun menjadi tempat berteduh ketika hujan."
Instagram MA
Makan cendoi bakaq dalam hujan. Tak mustahil bagi kami. via Instagram http://ift.tt/1M1kaE3
Instagram MA
Di dunia, Demi harta, Kerana kuasa. Cinta wanita, . Manusia terleka, Terpesona, Lalu buta, Hingga terlupa, Adanya syurga. . #HajiDell via Instagram http://ift.tt/1i1dqtp
Status Facebook Mohd Ariffuddin
Kadang-kadang bila makan mee goreng pedas di kedai kita minta cili sos bukan sebab nak tambah pedas, sebenarnya mahu dapatkan rasa manis cili sos sewaktu mengunyah.
Instagram MA
#Repost @beraniberhijrah with @repostapp ・・・ Bismillah.. . . "Dahsyatnya Hasbunallah Wani'mal Wakil" . Dahsyatnya pertolongan Allah saat kita dihimpit masalah, dirundung duka, dibebani kesulitan hidup, juga merasa berada dalam ancaman, maka ucapkanlah doa atau dzikir: . . “Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawla, wani’man-nashir" . Artinya: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami". 😇 . Maknanya : . Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil" tersebut berisi pernyataan ketergantungan kita kepada Allah SWT, memohon perlindungan-Nya, dan mengembalikan semua masalah kepada-Nya... . Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." ini tercantum dalam Al-Quran dan Hadits... . . “(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: . ”Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Hasbunallah Wani’mal-Wakil”, Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (QS. 3:173). . “Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahwasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong [Ni'mal-Mawla Wani'man-Nashîr]“. (QS. 8:40). . "Nabi SAW datang pada hari Perang Uhud, lalu ada yang berkata, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang (kafir) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerangmu, maka takutlah kepada mereka!' Lalu beliau SAW mengucapkan 'Hasbunallah wani'mal wakil, kemudian Allah menurunkann ayat: . "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (HR. Bukhari). . Setiap Muslim harus mengamalkan doa atau dzikir tersebut. Selain sebagai perwujudan sikap tauhid, juga menegaskan keimanan bahwa Allah Maha Berkuasa segala sesuatu dan kita yakin akan kekuasaan-Nya yang bisa melindungi kita dari segala keburukan.. . . Aamiin.. . 😇 . . By @ferdhiyant #BeraniBerhijrah via Instagram http://ift.tt/1Jzqa2U
Subscribe to:
Posts (Atom)