ARIFFUDDIN.COM

Siapa Mohd Ariffuddin?

Mohd Ariffuddin adalah lulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah (2010). Selain daripada nama Ahmad Din, beliau turut menggunakan nama pena yang lain dalam bidang penulisan novel iaitu Alliyah Farha

EBook


  1. 23+1 Amalan Penulis Novel Bestseller

Buku Kanak-kanak

  1. Beruslah Gigi (Karangkraf)

Artikel
  1. Seorang Pengembara Buta (Tazkirah.net)
  2. 4 Kaedah Penulis Mencari Idea (SekolahPenulisan.com)
  3. Mengapa Perlu Menulis Novel Secara Bersiri (SekolahPenulisan.com)
  4. Bagaimana P Ramlee menghasilkan karya evergreen(SekolahPenulisan.com)
  5. Bagaimana menukarkan sinopsis biasa-biasa menjadi Luar Biasa!(SekolahPenulisan.com)
  6. Bagaimana Ada Penulis Boleh Menulis 4 Buku Setahun? Mengapa Kita Tidak(SekolahPenulisan.com)
  7. Jangan biarkan novel anda dibunuh…. oleh diri sendiri (SekolahPenulisan.com)
  8. Cukupkah Menulis 20 Minit Sehari?(SekolahPenulisan.com)
  9. “Saya kehilangan emas… setiap hari!”(SekolahPenulisan.com)
  10. Rahsia Pahala Berpanjangan Dari Dalam Kubur(SekolahPenulisan.com)
  11. Tambah Masjid Atau Tambah Jemaah (HarakahOnline)

Novel Alliyah Farha :
  1. Apron Bunga-bunga (PTS One Sdn Bhd, 2012)
  2. Hana Banana (PTS Pop Sdn Bhd, 2012)
Novel Ahmad Din : 
  1. Aisyah dan Roti Canai (PTS Pro. Sdn Bhd, 2009) (PTS Pop Sdn Bhd, 2012)
  2. Ratu Roti Cane, buku ini adalah terjemahan Aisyah dan Roti Canai kepada Bahasa Indonesia. (Gramedia Pustaka Utama, 2011)

Dari masa ke semasa beliau turut menghadiri bengkel penulisan bagi mengemaskini ilmu menulis. Berikut adalah senarai bengkel menulis yang pernah beliau hadiri :

  1. Menuntut ilmu penulisan buku di Universiti Terbuka PTS yang dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd. iaitu Pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (Bengkel Teknik Surah Yusuf dan bengkel-bengkel yang lain)
  2. Menghadiri kursus penulisan yang disampaikan oleh Novelis Ain Maisarah, Tuan Zamri Mohamad, dan juga Tuan Fauzul Na'im di Perpustakaan Petaling Jaya.
  3. Menyertai Bengkel penulisan di UIA Gombak anjuran SERUMPUN bersama Habiburrahman El Shirazy
  4. Menghadiri Bengkel Menulis Skrip bersama Tuan Zabidi Mohamed di Layar Consult Sdn Bhd.
  5. Menyertai Bengkel Asas Menulis Novel Akademi HERO yang dikendalikan oleh Cikpuan Azzah.
  6. Menghadiri Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak anjuran Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia
  7. Menyertai Bengkel Penulisan Siri 2 Anjuran Masjid Shah Alam

Nabi Muhammad (selawat) ada meninggalkan hadis buat panduan kita semua yang berbunyi seperti ini,

"Apabila matinya anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta anak soleh yang mendoakannya." (Diriwayatkan oleh Muslim)

Berdasarkan hadis itu, beliau bercita-cita agar semua buku yang ditulis dapat menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca. Atas sebab itu beliau menulis untuk mengumpul *bento akhirat.

Beliau juga beranggapan bahawa setiap remaja berhak untuk memiliki impian dan cita-cita yang tinggi. Disebabkan perkara itu, beliau cuba untuk memfokuskan penulisan dalam kategori remaja.

Beliau boleh dihubungi menggunakan maklumat seperti berikut :

1) ariffuddin.mohd@gmail.com

2 comments:

  1. Assalam...may I ask if u dont mind...maybe it is personal...but why u use other name like alliya farha it she your wife or you just like to have girl name?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Terima kasih kerana bertanya. Alliyah Farha itu adalah nama cadangan yang diberi oleh editor saya dulu.

      Delete

Instagram

Instagram